LP14 : Shaheizy Sam, Christian Bale & P. Ramlee

Описание к видео LP14 : Shaheizy Sam, Christian Bale & P. Ramlee

BELUM PUAS BERAKSI, SHAHEIZY SAM MAU LEBIH LAGI!

Memperkenalkan Podcast Legasi; Sembang, Sambung!, sebuah rancangan audio siar yang diterajui oleh dua susuk besar industri hiburan negara, Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanah air disamping memikir-ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar.

Episod 14 kali ini membawakan kepada anda seorang pelakon Malaysia yang dikenali dengan bakat luar biasa dalam pelbagai genre, termasuk komedi, aksi, dan drama. Nama Shaheizy Sam semakin melonjak popular menerusi filem seperti Adnan Sempit dan Polis Evo, beliau memenangi hati penonton dengan lakonan yang berkesan, versatil, dan penuh emosi. Dikenali sebagai seorang pelakon yang komited, Shaheizy Sam sering membawa watak yang meninggalkan impak besar dalam industri perfileman tempatan.

Dari layar kaca ke layar talian, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan!

Ayuh Sembang dan Sambung Legasi!

Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia, Kementerian Perpaduan Negara, FINAS serta Arkib Negara Malaysia.

#Legasipodcast #Sembangsambung #Likesharesubscribefollow #FYP #ShaheizySam #RuminahSidek #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy

Комментарии

Информация по комментариям в разработке