UTV TEMUBUAL: Kami sama Amy lebih 40 tahun, bukan satu masa yang pendek -Din Mayat Guitarist Search

Описание к видео UTV TEMUBUAL: Kami sama Amy lebih 40 tahun, bukan satu masa yang pendek -Din Mayat Guitarist Search

Abg Amy keluar dari Kumpulan Search yang sama sama mereka selama 40 Tahun? UTVMEDIA sempat menemubual legend abg Din Mayat yang memang sempoi rocker bila berbicara! Rock!

GABUNGAN SEARCH & AWIE DI KONSERT CINTA BUATAN MALAYSIA #APOLOGIA
SEARCH dengan penyanyi Wings, Datuk Awie bukanlah asing. Tenaga pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat.
Pada 1998, Awie tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah, Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya. Amy yang berundur manakala Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings.
Gabungan Awie bersama Allahyarham Yazit (dram), Din (gitar), Kid (gitar) dan Fauzi (bass) menjadikan Bikin Wilayah antara yang terbaik. Ia turut menang kategori Album Rock Terbaik Di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999.
Kini, selepas 22 tahun Awie “kembali” bersama Search . Kali ini dalam persembahan Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 12 Dec 2020 jam 9 malam.
Atas permintaan ramai dan jualan tiket yang sangat memberangsangkan ketika itu pihak penganjur telah memilih Stadium Melawati bagi merealisasikan konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie
#Apologia.Kita semua maklum dimana sebelum ini konsert ini sepatutnya di jayakan pada 28 Mac 2020 di The Bee , Publika , Kuala Lumpur, telah tertangguh dan tidak dapat berlangsung seperti tarikh sepatutnya, disebabkan oleh negara dan seluruh dunia telah dilanda pendemik Covid 19 yang telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian kehidupan, ekonomi dan sebagainya di negara kita serta seluruh dunia yang turut terjejas.
Bersama anggota Search terkini iaitu Nasir (bass) , Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram), mereka
bakal memberikan satu persembahan istimewa dan menggegarkan Stadium Malawati.Apatah lagi , Search sudah lama tidak muncul dalam mana mana persembahan dan Awie pula cukup dikenali sebagai penghibur serba boleh, pastinya Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia ini sangat di nanti nantikan oleh peminat setia mereka.
Yang pasti , mereka akan membawakan lagu lagu dari album Bikin Wilayah dan lagu popular Search dengan bunyian yang lebih segar , terkini dan mantap

Комментарии

Информация по комментариям в разработке