ADAT PERKAHWINAN ETNIK MELANAU

Описание к видео ADAT PERKAHWINAN ETNIK MELANAU

Salah satu keunikan masyarakat Melanau ialah dari segi perletakan status sosial dalam masyarakat. Terdapat beberapa peringkat pangkat atau darjat iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh pikul bertirih dan lima pikul. Status sosial ini membezakan perlaksanaan kaedah merisik, bertunang, berkahwin dan selepas berkahwin. Petikan di bawah merupakan serba sedikit huraian mengenai hantaran pertunangan dan perkahwinan yang diamalkan oleh etnik Melanau bagi yang berpangkat sembilan pikul.

“Tanda Tuneang, sebentuk cincin emas, diletakkan dalam bekas tembaga, kepuran, Segantang padi, diletakkan dalam bekas, Jahai dan ditudung dengan tudung khas, Anyam Beburuong. Sebiji buah kelapa, diletakkan di dalam bekas, Bukur dan ditudung dengan Bukur Tutup. Satu pikul barangan tembaga atau harta lain yang sama nilai sebagai Tunggu Tuneang”
“Penyekab, sembilan amas emas, Sebilah pedang, Sehelai Persa-rakap Bertabor (sapu tangan berbenang emas dengan corak tertentu. Sebuah Tumo’ (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu”

Semakin tinggi pangkat seseorang pengantin, maka semakin banyaklah adat yang perlu diikuti. Begitu juga dengan nilai peralatan serta hantarannya. Hal ini melambangkan ketinggian adat dan wibawa pangkat yang diwarisi dari generasi ke generasi.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке