Rahsia Durian TERBESAR di Kebun Cikgu Wei, Kebun Durian Terbaik di Terengganu!!!

Описание к видео Rahsia Durian TERBESAR di Kebun Cikgu Wei, Kebun Durian Terbaik di Terengganu!!!

#durian #durianustaz #duriancikguwei #durianterbaik #musangkingterengganu

Ismail Tawang, 75, atau lebih mesra dipanggil Cikgu Wei menanam pelbagai jenis durian di kebunnya seluas lapan hektar sejak 35 tahun lalu.

Di kebun durian miliknya yang terletak di Kampung Lingai, Tepoh itu mempunyai 50 pokok pelbagai jenis durian termasuk Musang King, Udang Merah, IOI, Monthong, Cheni dan terbaru Duri Hitam.

Menariknya di kebun Cikgu Wei, dia mempunyai duriannya tersendiri yang tiada di tempat lain iaitu Durian Cikgu Wei (CW). Meskipun bergred Durian Kampung namun kualitinya setanding durian klon malah pernah didakwa oleh beberapa pencinta durian tempatan lebih sedap daripada Musang King.

Dalam perkongsian kali ini juga, Ahmad akan membongkar rahsia disebalik misteri Durian Ustaz (DU) yang merupakan durian terbesar di kebun durian berkenaan.

Jom kita menonton video perkongsian terbaru Ahmad, semoga ia memberi manfaat dan ilmu terbaru kepada pengusaha kebun durian dan peminat raja buah itu... selamat menonton!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке