[WACANA SINAR] Pasca PRN: Rakyat sudah bersuara

Описание к видео [WACANA SINAR] Pasca PRN: Rakyat sudah bersuara

Powered by Restream https://restream.io

[WACANA SINAR] Pasca PRN: Rakyat sudah bersuara

Berlangsung sudah Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor dengan menyaksikan keputusan status quo.

Bukan hasil mengejutkan kerana ia sudah diramalkan oleh sesetengah pihak. Bukan pula menjadi asas kehidupan berat ketika ini untuk kita nak memikirkan mengapa status quo berlaku dengan menyaksikan tiga negeri terus dikuasai Perikatan Nasional (PN) manakala tiga negeri kekal milik Pakatan Harapan (PH) itu.

Ya, masih terdapat orang sembang mengenai pecahan kerusi. Bak kata penganalisis politik tersohor, Mujibu Abd Muis bahawa PRN kelmarin seperti lawan tinju menyaksikan status quo atau bahasa mudahnya seri, tetapi kecederaan fizikal kepada PH-Barisan Nasional (BN) itu lebih teruk berbanding PN.

Peratusan keluar mengundi juga kurang memberangsangkan,. Tetapi dua situasi terjadi itu adalah terjemahan daripada pilihan rakyat. Adakah nak sembang sana sini lagi membabitkan peringkat pusat pula?

Apapun, ikuti perbincangan pasca PRN dalam Wacana Sinar bertajuk: Pasca PRN: Rakyat Sudah Bersuara di semua platform digital Sinar Harian atau boleh datang terus ke studio untuk menontonnya secara langsung.

#SinarHarian #WacanaSinar #KuasaRakyat #PilihanRayaNegeri

Комментарии

Информация по комментариям в разработке