TELEMOVIE | HARI RAYA AIDILFITRI - KUIH RAYA

Описание к видео TELEMOVIE | HARI RAYA AIDILFITRI - KUIH RAYA

TELEMOVIE | HARI RAYA AIDILFITRI - KUIH RAYA

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal ini, Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir di bawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Penerbitan 2017/ 2018 sukacita menayangkan sebuah telemovie yang diberikan nama "Kuih Raya".

Soroti kisah Saipul, Naim, Sapi'ie, Najip dan Karim dalam menempuh bulan Ramadan dan Syawal di perantauan.

Saipul, Naim, Sapi'ie, Najip dan Karim merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun ini, mereka berlima tidak pulang ke Malaysia. Oleh hal yang demikian, Naim dan Sapi'ie telah bersetuju untuk membuat kuih raya bagi menimbulkan suasana hari raya di perantauan.

Namun begitu, permasalahan timbul apabila kuih raya mereka telah dicuri oleh seseorang. Saipul dituduh mencuri kerana dia selalu tidak bangun sahur. Najip turut disyaki. Karim tidak henti-henti mendamaikan mereka.

Siapakah sebenarnya yang mencuri kuih raya itu? Bagaimanakah lima orang sahabat ini menempuh Ramadan dan Syawal mereka? Adakah mereka dapat menikmati suasana hari raya di perantauan?

Dapatkan jawapannya dengan menonton telemovie ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf zahir dan batin!

Pelakon:

Anas Saadon - Saipul
Zaimuddin - Naim
Luqman Shahwan - Najip
Ammar - Bapa Saiful
Aminuddin - Bapa Naim
Faiz - Pembeli kuih
Luqman Azli - Sapi'ie

Ikuti perkembangan kami di Facebook dengan melayari link berikut:
https://web.facebook.com/Badan-Kebaji...

.:: Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan ::.
.:: Sahsiah Rabbani Pemangkin Kesatuan ::.
.:: Membentuk Generasi Mithali ::.
.:: Kebajikan dan Perpaduan ::.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке