Rumah Etnik Bugis Malaysia ( Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023)

Описание к видео Rumah Etnik Bugis Malaysia ( Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023)

Berkategori " Rumah Etnik Bugis untuk julung kalinya , Jabatan Pelancongan Malaysia cuba mengenengahkan Suku Etnik Bugis yang tedapat di Malaysia khususnya di Sarawak. Seperti sedia maklum suku Etnik Bugis terdqpat di Negeri Johor, Selangor, pahang. Sarawak dan Sabah rata ratanya berasal dari tanah leluhur Sulawesi Selatan Indonesia. Mereka berlayar merantau sebelum Indonesia dan Malaysia merdeka sekitar tahun 1900-1930 (sebelum Jepun). Kedatangan Suku Etnik Bugis ke Tanah Melayu dan Borneo tidak lain tidak bukan selain suka merantau /berlayar mereka berniat untuk meneroka tanah kemudiannya membuka wilayah untuk mereka bertapak selain menghindari penjajah Belanda di masa itu. Dalam sejarah suku etnik Bugis di tanah Melayu juga sebahagiannya datang atas pohonan bantuan kerajaan Melayu ketika itu untuk campur tangan menyelamatkan tanah melayu dari penjajah British. Mereka diantaranya dikenali 5 handalan Bugis bersaudara iaitu:
Opu Daeng Celak, Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opun Daeng Marewah dan Opu Daeng Kemasi.

Kedatangan suku etnik Bugis di Malaysia mewarnakan lagi Khazanah malaysia dengan seni tenunan bugis (lipa Sabbe) yang terdapat dipahang, johor, selangor, sarawak dan sabah. Selain itu makanan dan kuih muih juga turut mempengaruhi di Malaysia antaranya yang paling popular Burasa', Lepak lowe, tafe manaung, katiri sala', Kaddo Boddong, Bajabu', Bahulu Feca' Nasu Likku, Nasu Fnddang dan banyak lagi. Kesemuanya ini bokeh didapati di petempatan Bugis di Malaysia.
Keunikan adat mereka dalam perkahwinan serta pakaian suku Etnik Bugis dikenali Baju Bodo /Baju Tokko, Lioa Sabbe, Lioa Tennung, masepfa' Jas tutup serta bowong sulang. Dalam pada itu selain berkemahiran dalam tenunan dan perkebunan suku etnik. Bugis juga mahir dalam kerja tangan seni halus Sulaman Goyang, Sulaman tangan Kerawang, Keringkam dan ukiran kayu. Kerja tangan seni halus, pakaian, pelamin, makanan dan adat turut dipamerkan dalam Sambutan Minggu Perpaduaan Peringkat Kebangsaan 2023 Malaysia Madani kali ini.

Akhir sekali terima kasih sekalung budi buat Jabatan Pelancongan Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia, kerana memberi ruang masyarakat etnik Bugis untuk diketengahkan sebagai sebahagian suku Etnik yang terdapat di Malaysia.

Video Vlogger Serisanding Vlogger
www.serisandingbridal.com
[email protected]

Check iut our
  / serisandingbridal  
  / serisandibridal  
Layar paparan i1080
Runut bunyi Bulu alauna tempe, indo logo, mappadendang, tari paduppa, alosi rifolo dua, mappatindro ana.
#adatbugismalaysia #adatbugismakassar #adatbugis #bugissarawak #sambutanmingguoerpaduanperingkatkebangsaan2023 #serisanding #serisandingbridalcollection #serisandingvlogger

Комментарии

Информация по комментариям в разработке