Resepi Aglio Olio Simple

Описание к видео Resepi Aglio Olio Simple

Aglio Olio ialah masakan pasta tradisional yang paling mudah. Resepi Aglio Olio simple ini cuma menggunakan beberapa bahan asas sahaja seperti minyak zaitun, bawang putih, serbuk cili dan spaghetti. Dapatkan RESEPI LENGKAP di: https://www.nasserskitchen.com/resepi...
PISAU CERAMIC ORIGINAL Kyocera: https://shp.ee/kq49q4a
Pisau Ceramic OEM: https://shp.ee/kgbr6ss
Camera : Sony ZV-E10 https://shope.ee/6zhK7YjK1Q
Mic : Boya M1 https://shope.ee/XZmoksTo
Monitor : Viewsonic 32" https://shope.ee/2prlAIBDGa

Walaupun sedikit sahaja bahannya, resepi aglio olio simple ini akan memberikan perisa yang luar biasa. Selamat mencuba!





































AGLIO OLIO SPAGHETTI DENGAN PRAWN (2 Hidangan)
5 Ulas Bawang Putih
Minyak Zaitun Extra Virgin
125g Spaghettii (½ Paket)
½ Sudu teh serpihan cili kering (Chili flakes)
150g udang
Garam & Lada Hitam secukup rasa
½ sudu teh parsley segar
Keju parmesan
Potongan lemon


Kaedah:
1. Hiris bawang putih menjadi kepingan yang sangat nipis, lebih nipis lebih baik. Gunakan pisau tajam.
2. Rebus 5-6 liter air dan tambah 2 sudu garam. Pasta mesti direbus dalam air masin yang banyak. Masukkan 125g spageti. Masa memasak adalah 8-10 minit bergantung pada jenama pasta.
3. Setelah pasta dimasak, toskan dan ketepikan. Simpan ½ cawan air pasta untuk kemudian.
4. Panaskan sedikit minyak zaitun Extra Virgin dalam kuali dan masukkan hirisan bawang putih. Masak dengan api yang kecil.
5. Apabila bawang putih mula bertukar menjadi coklat muda masukkan serpihan cili.
6. Masukkan udang, jangan terlebih masak. Hanya sehingga udang menjadi merah.
7. Sekarang masukkan spageti dan gaul rata.
8. Masukkan sedikit (50ml) air pasta untuk membuat sedikit sos, jika anda suka lebih banyak sos masukkan sedikit lagi air.
9. Masukkan parsley cincang dan campurkan.
10. Sekarang tambah garam dan lada hitam secukup rasa mengikut citarasa anda sendiri.
11. Pasta siap dihidangkan. Sebaik-baiknya dimakan segera dihiasi dengan sedikit parmesan dan sepotong lemon.

Ceramic Knife : KYOCERA
https://c.lazada.com.my/t/c.qnAW?url=...

Ceramic Knife (OEM)
https://c.lazada.com.my/t/c.qPCe?url=...

SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o

Комментарии

Информация по комментариям в разработке