PASAR BORNEO SRI KEMBANGAN MACAM-MACAM ADA MAKANAN SABAH DAN SARAWAK.

Описание к видео PASAR BORNEO SRI KEMBANGAN MACAM-MACAM ADA MAKANAN SABAH DAN SARAWAK.

#mysufrichannel #pasarborneo #srikembangan

Bagi anak-anak jati Sarawak yang merantau ke Semenanjung, kerinduan terhadap makanan tradisional bumi asal seperti kek lapis sarawak, mi kolok, ikan pansuh, kuih bongkol, celorot, kompia dan asam terung, pastinya sentiasa hadir di hati mereka.Justeru, tidak menghairankan apabila ada perantau dari Bumi Kenyalang itu sanggup mengorak langkah mewujudkan Pasar Borneo di Seri Kembangan dekat sini sejak tujuh tahun lalu, yang bukan sahaja menjual pelbagai produk Sarawak tetapi juga negeri jiran, Sabah.
Pasar Borneo yang dibuka setiap Sabtu dari pukul 5 hingga 11 pagi itu bukan sahaja dapat memenuhi keinginan anak-anak Sarawak di sini menikmati makanan tradisional kegemaran mereka tetapi pada masa sama turut memperkenalkan pelbagai tradisi serta budaya negeri berkenaan termasuk makanan kepada rakyat Malaysia di Semenanjung.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке