Proton X50 Auto Parking

Описание к видео Proton X50 Auto Parking

Proton telah memaklumkan SUV X50 dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termasuk Bantuan Parkir Auto, di mana ia mengawal pendikitan, brek, stereng dan pemilihan gear untuk membantu pemandu memarkir SUV ini.

Menurut Proton, sistem berkenaan akan menggerakkan kenderaan ke ruang parkir secara berserenjang (lurus/menegak), serta masuk/keluar kenderaan dari ruang parkir selari. Ini bermakna, pemandu cuma ‘membiarkan’ sistem tersebut melakukan tugas memarkir semasa secara tegak, undur atau sisi.

Proton X50 turut dilengkapi dengan lampu headlamp LED, skrin sesentuh 10.25-inci beserta rim 17/18-inci mengikut varian. Fungsi yang menarik perhatian ramai sudah pastinya parking assist yang bakal membantu pengguna parkir kereta dengan mudah baik secara dari sisi tepi mahupun secara biasa.

Berdasarkan pelancaran yang berlangsung sebentar tadi, Proton X50 bakal mula ditawarkan pada harga serendah RM79,200 bagi varian 1.5T Standard. Varian 1.5T Executive dan 1.5T Premium masing-masing ditawarkan pada harga RM84,800 dan RM93,200.

Varian tertinggi daripada Proton X50 iaitu 1.5TGDi Flagship sedia untuk dimiliki dengan harga RM103,300. Sebuah harga yang berbaloi melihatkan ciri yang tersedia pada model ini dan sudah pastinya lebih rendah berbanding model jenama pesaing. Apa tunggu lagi? Lawati Proton terdekat anda untuk melihat dengan lebih dekat model terbaru daripada jenama tempatan ini.

Kredit : PanduLaju

Follow sosial media kami :

1. FB :   / amir.denaihati  
2. Twitter :   / santapanminda  
3. IG :   / denaihatinetwork  
4. Youtube :    / denaihatinetwork  
5. Telegram Channel : http://t.me/denaihatinetwork

Jangan lupa baca blog kami : http://denaihati.com

#Proton #X50 #parking #x50autoparking

Комментарии

Информация по комментариям в разработке