5forty2 - Lawan Tetap Lawan (Official Audio)

Описание к видео 5forty2 - Lawan Tetap Lawan (Official Audio)

LIRIK :
(CypherDefect)
Menakluk jagat berbekal ilmu di dada
Nawaitu ku dijaga, susah payah dirasa
Jurus buahku sedia, penuh taat setia
Merobek-robek mangsa, pemusnah anak bangsa
Di seberang perlukan sepuluh orang
Di sini tujuh orang gegar ribuan pejuang
Dunia gementar bukan kepalang
Sanggup ke kau halang, kehebatan kuasa gelombang

(RyFa)
Diriku tegak bertimpuh, biar rebah merempuh
Tak daku mengeluh bersikap acuh tak acuh
Ku hunus, kata-kata bisa berirama yang mulus
Tertipu luaran halus isinya rakus
Tipu kata dusta, ku belah empat
Ribu cara nista, ku dapat lihat
Rasakan penangan, jurus perpaduan
Bila keadilan ganyang kezaliman

(Phonic)
Walau tak saat ini aku takkan berhenti
Menyusun langkah dengan penuh terperinci
Pelbagai serangan cuba dimanipulasi
Akan ku cekal azam kuat dihati
Lawan Tetap Lawan dalam pertempuran
Walau ku dibawah tetap diperjuangkan
Segala keringat, atas nama kebenaran
Keris yang dicium tu yang aku hunuskan

(Orfeus)
Biarpun pelbagai tipu daya diwayangkan
Dilayangkan dan kebenaran diganyang
Hanya yang lembik boleh tertipu terus menikus
Macam dibius terus lemah langsung tak mampu
Angkat suara tinggi ke angkasa
Lantang berdepan, berani itulah kuasa
Langkah tersusun pencak digerun
Libasan melangkau lembah merentas gurun
Kehidupan tak sekadar mengisi masa
Perjuangan untuk wira berhati waja

(Chorus)
Perketat genggaman, Lawan Tetap Lawan
Sehingga tanganku mencengkam menyentap awan
Langkah terus kedepan, pantang pendekar undur
Selagi si zalim di depan belum tersungkur

(Bridge)
Lawan Tetap Lawan, tetap lawan, Lawan Tetap Lawan

(Orfeus)
Kebenaran untuk ditegakkan walau dipekakkan
Oleh puak yang sentiasa bagi kekangan
Jadi dengarkan halilintar berdentum
Nadi juang berdenyut dan berdegup tak melembut
Terus merebut peluang mampu merobek ruang

(DMent Si Lain)
Takkan boleh bertenang bila ku datang menentang
Kemenangan terbayang, ada cahaya harapan
Ku mengunci sasaran tak gentar dengan cabaran
Ku sabarkan segala nafsu buas
Ku dikurung ditindas, mengaum untuk bebas
Ku bersumpah ku balas, Lawan Tetap Lawan
Bala tentera ku marakan, ku marakkan

(Chorus)
Perketat genggaman, Lawan Tetap Lawan
Sehingga tanganku mencengkam menyentap awan
Langkah terus kedepan, pantang pendekar undur
Selagi si zalim di depan belum tersungkur

(Outro)
Lawan Tetap Lawan, tetap lawan, Lawan Tetap Lawan

CREDITS :
Produced by 5forty2
Co-Produced by Dafrosty
Composed & Arranged by DMent Si Lain, Orfeus & Chris “DecipherBKI” Pereira
Lyrics & Performed by CypherDefect, RyFa, Phonic, Orfeus & DMent Si Lain
Scratches by DJ Jazzy Day
Recorded by Dafrosty at Kelawar Records
Mixed by Chris “DecipherBKI” Pereira

Комментарии

Информация по комментариям в разработке