Inilah Makam Isteri Pertama Nabi Muhammad saw Siti Khadijah Khuwailid Ziarah Sekitar MasjidilHaram

Описание к видео Inilah Makam Isteri Pertama Nabi Muhammad saw Siti Khadijah Khuwailid Ziarah Sekitar MasjidilHaram

#Ziarah #Makam #MasjidilHaram #Haramaian #Umrah #Hajj #SitiKhadijah #Nabi #Islam #Malaysia #Vlogger #History #malaysian #Vlog

BangChik doakan sahabat-sahabat BangChik yang sedang menunggu atau tertangguh untuk panggilan haji dapat menunaikan haji pada tahun ini.

BangChik dapat lihat semenjak dua menjak ini, jemaah umrah terutama dari Malaysia, Singapura dan Brunei amat jarang sekarang ini menziarahi isteri Nabi Muhammad saw iaitu Siti Khadijah ra. Jika ada pun hanyalah melalui atas bus tanpa berhenti.

Disebabkan itu, kali ini BangChik bersemangat sikit untuk menunjukkan kepada anda secara lebih terang. Sudah lama BangChik rancang, tapi hari ini baru rajin sedikit.

Vlog kali ini bukan sahaja Maqam Siti Khadijah ra yang terletak di Perkuburan Ma'la, tetapi ikut bersama-sama dari Masjid Sajarah dan Masjid Jin lokasi sekumpulan jin mendengarkan bacaan ayat suci al-quran.

Kiranya seperti ziarah kawasan masjidilharam bersama BangChik. Siap tunjuk dekat mana nak dapatkan air tebu pun ada.

Semoga bermanfaat kepada semua dan dapat melepaskan kerinduan terutama kota makkah.

#BangChikLife

Комментарии

Информация по комментариям в разработке