Sani Sudin Mono Lopong

Описание к видео Sani Sudin Mono Lopong

Sani Sudin imbau kehidupan di Kuala Lumpur. Perkongsian yang penuh isi. Sesuatu yang kita boleh memahami erti hidup dengan refleksi diri.
---------------
Sani Sudin sangat menghargai dunia kecilnya pada dekad 60an. Zaman kanak-kanaknya sebagai budak penjual kuih di sekitar Kuala Lumpur.

Malah, tanpa memahami bahaya rusuhan kaum, Sani Sudin terperangkap dalam TRAGEDI 13 MEI 1969 kerana terlalu asyik berjaja kuih.

Ketika "rusuhan bermula", Sani Sudin sedang mundar mandir menjaja kuih di Kampung Baru. Anak Kampung Keramat ini berlegar-legar ketika "pertempuran memuncak". Usianya naif; dia hanya mahu menghabiskan jualan kuih yang dimasak neneknya.

Ikuti wawanacara "Dari Budak Kuih 13 Mei 1969 Menuju Artis Lagu Puisi di Pasar Seni 1986".

Sani Sudin akan turut menyanyikan lagu-lagu medley popular 60an/70an dan senarai top list Kopratasa dan koleksi album solonya.

#GarasiTV

Комментарии

Информация по комментариям в разработке