Trip Memancing JENGGO SI SEPIT BIRU Sungai Kuala Selangor

Описание к видео Trip Memancing JENGGO SI SEPIT BIRU Sungai Kuala Selangor

Selalunya orang kata kalau kita rancang sesuatu last minute confirm jadikan? Akhirnya pada 24/09/2023 trip memancing udang galah di Kuala Selangor berjaya juga dilaksanakan dan kami memperoleh hasil yang agak memuaskan. Selain mudah untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan bot di jeti Pasir Penambang, kawasan jeti ini juga luas dan selamat untuk memarkir kenderaan.

Kami biasanya telah awal-awal menempah bot dengan pemilik bot bernama Pak Mail. Yang penting semua bot yg di sewa di pasang kajang atau bumbung untuk memberi keselesaan kepada pemancing. Harga untuk 1 bot RM110 sahaja sekali dengan umpan anak udang.

Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Waktu pagi memang waktu galak udang membaham umpan, apalagi waktu air mulai surut. Sebab itu kami sentiasa mencari waktu yg sesuai untuk memancing udang iaitu waktu air kecil, pastikan anda menyimpan jadual pasang surut air sungai dan mengetahui akan waktu yg sesuai sebelum turun memancing jika tidak alamat kuranglah hasil. kalau tak bernasib baik kumpau terus, ikan pun langsung tak dapat.

Hasil waktu pagi memang agak memberangsangkan, tapi macam biasalah spesis pengacau iaitu ikan belukang atau anak kurau sering menghabiskan umpan. Tapi bagi aku sangat teruja bila joran dapat disentap walaupun hanya spesis pengacau tadi. Janji ada rasa tarik ikan...hahaha

Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentak kerana berkemungkinan akan terlepas.Kadang-kadang udang ni dia tak terus telan macam ikan sebab tu jangan disentak dengan kuat . Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung reel pelan-pelan dengan posisi ujung joran diatas udang sehingga tali tegak lurus dengan permukaan air. Udang bisanya bila terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya sobek terkena kail dan terlepas.

Memancing udang galah sebaiknya tidak pada saat air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik memancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat ‘melepak’ bagi udang biasanya diantara longgokan kayu yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai.

#tripmancingjenggo #tripmancingudanggalah #sepitbiru #jenggo #mancingudang #prawns #jetipasirpenambang #tourism_malaysia #ngail #mancingudanggalah #vlog #nature #Hospitality #Hotel #Agoda #Expedia #Trivago #Traveloka #Resort #Booking #Travel #holiday #river #kualaselangorriver #accomodation #rooms #agency #kualaselangor #sgselangor #mancingudanggalahkualaselangor #visitselangor #hobby #fishingprawn #travel #gnola79channel

🌟My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке