Sedap 'Layan' Waktu Hujan, Resipi Mudah Kerang Rebus Cicah Bersama Air Asam 'Power'!

Описание к видео Sedap 'Layan' Waktu Hujan, Resipi Mudah Kerang Rebus Cicah Bersama Air Asam 'Power'!

Sedap 'Layan' Waktu Hujan, Resipi Mudah Kerang Rebus Cicah Bersama Air Asam 'Power'!.

Menu paling 'simple' buat kita kecur air liur semasa hujan selalunya maggi kari telur mata, ubi rebus cecah kelapa dan banyak lagi. Apa kata kali ni kita cuba 'pekena' kerang rebus air asam pulak?.

Bahan “Kerang Rebus Air Asam Pedas Masam Manis”

Bahan rebus kerang:
500g Kerang
1 btg Serai (dititik)
1 sk Garam

Bahan Air Asam :
2 sb Tamarind Puree @@Jeeny's
2 sb Gula Thai
1/4 cwn Beras Goreng (kisar halus)
1 biji Tomato
3 biji Limau Kasturi
6 biji Cili Padi Merah Thai
3 ulas Bawang Kecil Merah
2 sb Sos Ikan Thai
200ml Air Suam

Bahan Ulaman:
Pucuk Petai Belalang
Bawang Putih Rangup

Cara Masak:
1.Rebus kerang bersama bahan rebus lain selama 3 minit. Angkat, tos dan rendam selama 3 minit dalam air sejuk ais. Kemudian toskan dan kopek kulit atas shj.
2.Campurkan semua bahan air asam dan kacau sebati sehingga gula mencair.
3.Hidangkan bersama kerang dan ulam-ulaman.

*Tips : Kerang mudah kopek, apabila kerang dah masak, angkat terus masuk ke dalam mangkuk berisi air sejuk dan ais. Kemudian toskan dan mudah kopek.

Selamat Mencuba!

#fienazshafie #dapoqkebaya #jeenys #myjeenys #tamarindpureejeenys #jeenys #myjeenys

Credit: DapoqKebaya

Комментарии

Информация по комментариям в разработке