Menikmati Keindahan Matahari Terbenam di Sungai Sarawak Dengan Menaiki Sarawak River Cruise

Описание к видео Menikmati Keindahan Matahari Terbenam di Sungai Sarawak Dengan Menaiki Sarawak River Cruise

Tidak lengkap rasanya percutian anda di Kuching, Sarawak jika anda tidak merasai pengalaman menaiki Sarawak River Cruise ini. Beroperasi dari jam 5.30 petang hingga 7.30malam, Sarawak River Cruise akan membawa anda menyusuri Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan matahari terbenam (sunset).

Disini, kedatangan anda akan disambut mesra oleh krew dan anda akan disajikan dengan jamuan ringan iaitu Kek Lapis Sarawak dan segelas air jus oren. Disamping itu, mereka juga ada menjual mi segera, makanan ringan dan air tin untuk dibeli dan dinikmati para pengunjung.

Para pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan tradisional suku kaum di Sarawak secara langsung di atas Sarawak River Cruise.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman ini jika anda berkunjung di Kuching, Sarawak.

Special thanks:-
1. Pengurusan Sarawak River Cruise
2. Khaimal Borneo Travel & Tours
3. En. Mohd Fikri Zainol Majid
4. Awin dan Vane Khaimal Borneo
5. OHC All Star
6. Free music : Blue Mountains by Gabriel Witcher

Комментарии

Информация по комментариям в разработке