KDPB AL-SULTAN ABDULLAH BERKENAN MENCEMAR DULI BERANGKAT KE ISTIADAT PERBARISAN HUT TUDM KE 66

Описание к видео KDPB AL-SULTAN ABDULLAH BERKENAN MENCEMAR DULI BERANGKAT KE ISTIADAT PERBARISAN HUT TUDM KE 66

SIARAN MEDIA
KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG BERKENAN MENCEMAR DULI
BERANGKAT KE ISTIADAT PERBARISAN HARI ULANG TAHUN TUDM KE-66
KUANTAN, 1 Jun 2024 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar
duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Ke-66 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang disambut oleh Panglima Tentera
Udara Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri Puan Sri Datin Sri
Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad
Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Seri Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Operasi
Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri, Datin Dr Halina binti Haron serta
Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri, Puan Dewimastura binti Tumiran.
Turut berangkat Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perbarisan pada hari ini berkonsepkan Perbarisan Istiadat dengan penglibatan lapan (8) Panji-Panji iaitu
Panji-Panji Rejimen TUDM, Kolej Tentera Udara, No 6 Skn, No 10 Skn, No 12 Skn, No 15 Skn, No 18
Skn dan No 20 Skn bersama empat (4) skuadron pengawal.
Keseluruhan istiadat perbarisan terdiri daripada 23 Pegawai dan 418 Anggota Lain-Lain Pangkat yang
diketuai oleh Lt Kol Ahmad Zikri bin Azhar TUDM, Pegawai Memerintah No 14 Skn. Turut mengiringi
perbarisan ini adalah gabungan Pancaragam Pusat TUDM, Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera
Udara di bawah pimpinan Lt Kol Mohd Rizal bin Hj Mohd Nor TUDM.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM telah menerima
penghormatan Diraja disertai terbang lintas hormat tiga (3) buah helikopter EC 725 AP yang
membawa bendera Malaysia, ATM dan TUDM. Seterusnya, diikuti dengan pemeriksaan perbarisan
oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dengan menaiki kenderaan istiadat.

Istiadat perbarisan ini juga turut disertai dengan terbang lintas pesawat-pesawat TUDM semasa
perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat melibatkan pesawat pejuang Sukhoi
Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan BAE Hawk, pesawat angkut A400M dan C-130H, helikopter
EC 725 AP dan AW 139 serta pesawat latihan PC-7 MK II.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang seterusnya telah mencemar duli menyampaikan Titah
Diraja sebagai menzahirkan sokongan Baginda kepada TUDM. Selesai istiadat perbarisan, Kebawah
Duli Paduka Baginda Sultan Pahang turut berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Diraja
bersama-sama hadirin yang hadir terdiri daripada mantan-mantan Panglima Tentera Udara,
Penasihat Pertahanan, wakil-wakil Kedutaan serta warga TUDM.
Bersempena sambutan tahun ini, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara telah dipilih sebagai tema
bagi Hari Ulang Tahun TUDM ke-66. Tema ini mempunyai kekuatan yang ketara dan mencerminkan
prinsip teras dan aspirasi TUDM yang berperanan sebagai angkatan udara yang kekal kredibel
dalam memartabatkan kedaulatan negara. Kuasa udara adalah sebahagian daripada elemen
pertahanan negara yang tidak boleh dikompromi untuk menentukan kesinambungan warisan.
Peranan TUDM sebagai tonggak utama dalam mempertahankan ruang angkasa negara ini
disimbolkan sebagai perisai yang melindungi segenap kemakmuran negara.
Sesungguhnya, istiadat perbarisan yang penuh gilang gemilang ini akan menjadi lipatan sejarah
kepada TUDM dan penuh bermakna dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan
Pahang menyempurnakan Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке