Chain Saw Elektrik Berbaloi Ke Tak Berbaloi ? Bunyi ? Review Penuh

Описание к видео Chain Saw Elektrik Berbaloi Ke Tak Berbaloi ? Bunyi ? Review Penuh

Hari ni saya uji maksima chainsaw brushless marhaen UNTUK SKOP DIY/WEEKEND USER/BUKAN HARI-HARI GUNA untuk tengok HAD LIMIT DAN TAHAP PRAKTIKAL TOOLS

Pemotongan kayu diameter 14 inci ( 1 kaki 2 inci ) sebanyak 2 kali. Pemotongan lancar bila teknik betul. Buat pemotongan V di bawah,atas,tepi kiri dan kanan.

Dan kalau sekali sekala potong kayu diameter saiz besar camni boleh lah. Chainsaw bateri ni lebih kepada nak potong kayu besar betis belakang rumah. Ini memang sedap layan. Saiz besar betis dan ke bawah.

Kalau kayu besar seperti saiz 14 inci dan ke atas ,nak potong hari-hari,boleh beralih ke chain saw petrol. Jauh lebih sesuai. Jadi hari ni saya cuma test sampai mana dia boleh diuji.

So sesuai kalau nak tools yang ringan antara 2-2.5 kg sahaja,senyap ,tak nak berbau petrol ,guna bukan hari-hari ,bukan komersial serta sekadar nak potong saiz seperti di atas. Inilah antara lingkungan target market dia.

Bateri asal selepas sekali potong,out. Habis. Padan lah dengan bateri cap ayam. Dalam 4 AH .Tu saya rekomenkan sentiasa ada bateri spare. Beli yang cap ayam bateri 2 biji paling kurang. Dh beli chainsaw ni dh dpt 1 bateri,maka beli lagi 1 dlm 60-70 rm untuk bateri jenis ni cap marhaen.

Saya tukar pada bateri 18Volt 6 AH Makita. Siap pemotongan saiz sama pun masih tak berkurang lagi 1 bar. Padan lah dengan harga 480 inggit sebiji bateri. Bateri saya dah ada untuk tools lain. So takde hal boleh masuk.

OH YA SAYA BUKAN BELI BATERI MAKITA NI SEMATA-MATA UNTUK CHAINSAW NI.

Rantai hanya sekali kendur. Takde masalah tegangkan balik. Saya suka sbb chainsaw ni dia ada tangki terus untuk isi minyak basahkan mata rantai.

Saya dah kenal pasti sebelum beli di Sopi untuk spare part mata chainsaw 12 inci ,papan plate dia tu.

Kayu tu terus dijadikan pintu pagar kebun. Nanti sapu minyak hitam supaya tahan cuaca dan tahan anai-anai.

Nak tanya apa ? Silakan.

#bensafwandiy

Комментарии

Информация по комментариям в разработке