Penggal terakhir Adenan Satem

Описание к видео Penggal terakhir Adenan Satem

Ketua Menteri sarawak , Tan Sri Adenan Satem hari ini memberi bayangan Pilihan Raya Negeri , PRN 11 bulan depan adalah yang terakhir bagi dirinya sebelum bersara.

Bagaimanapun di hadapan hampir seribu masyarakat Lundu beliau memberi jaminan akan terus menyediakan pelbagai kemudahan kepada masyarakat bumi kenyalang itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Projek Tebingan Sungai Batang Kayan dan Majlis Pecah Tanah Projek Perlindungan Tebing Sungai Kampung Semunin Jaya siang tadi.

Tan Sri Adenan yang juga Penyandang Dewan Undangan Negeri, DUN Tanjung Datu berkata PRN kali ini adalah kali kesebelas ditandinginya.

Sebelum ini beliau menang tujuh kali di Dewan Undangan Samarahan, satu di Batang Sadong dan dua di Tanjung Datu.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке