Review GIVI Antartica B42N At A Glance

Описание к видео Review GIVI Antartica B42N At A Glance

Givi mengeluarkan produk top box terbarunya iaitu Givi Antartica B42N Monolock dan direka dari pereka tempatan diketuai oleh Muhammad Ilhamy Abdul Latiff bersama kolaborasi team dari Givi Italy.

Dihasilkan di kemudahan Givi di Bukit Beruntung, Selangor. Top Box GIVI Antartica mempunyai reflektor prismatik di sudut dilengkapi dengan pemantul cahaya untuk meningkatkan penglihatan kepada pengguna jalan raya yang lain dan demi keselamatan penunggang lain juga.

Kapasiti dalaman casing antartika ialah 42 liter, yang cukup untuk menampung dua helmet atau satu helmet modular dan beberapa peralatan menunggang yang lain.

Dengan sistem kunci yang baharu, sistem penguncian Mikro 3 yang tiada ada model sebelum ini direka untuk operasi satu tangan dengan mudah.

#antartica #B42N #givi

Комментарии

Информация по комментариям в разработке