Bina LOTENG dalam bilik 4 hari SIAP!!!

Описание к видео Bina LOTENG dalam bilik 4 hari SIAP!!!

Bilik tengah di rumah saya agak tinggi, memandangkan barang-barang di dalam rumah semakin banyak dan satu bilik terpaksa dikorbankan menjadi stor, maka saya mengambil keputusan untuk membina loteng.

Loteng ini berukuran 290cm x 294cm. Pembinaan dibuat oleh RNA teknikal berpangkalan di Nilai. Boleh menghubungi mereka melalui facebook mereka "Rntech Nilai". Kerja pembinaan berjaya dilakukan dalam masa 4 hari dan hasilnya amat memuaskan kerana binaannya teguh dan kemas.

Video ini memaparkan progress setiap hari pembinaan loteng. Pembinaan tidak termasuk cat dinding bilik, oleh itu kerja-kerja kekemasan seperti cat dinding bilik dan memasang lantai Vinyl saya buat sendiri.

Video ini hanyalah sebagai gambaran proses pembinaan loteng kepada sesiapa yang bercadang untuk memasang loteng di rumah. Semoga bermanfaat.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке