Memancing Bottom Drift Alur Kapal, Trip Ubey Zul Boat Charter MEMANG PADU!

Описание к видео Memancing Bottom Drift Alur Kapal, Trip Ubey Zul Boat Charter MEMANG PADU!

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,

NautiPax kembali lagi dengan episode memancing dengan strike yang padu padu setelah agak lama fishing atau angler episode tak keudara di channel kami. Ini kali kami keluar bersama tekong yang memang terkenal dengan skill bottom drift beliau iaitu UBEY ZUL BOAT CHARTER.

Selama 2 Hari 1 malam kami bersama Ubey Zul, dan semestinya trip ini pecah tong.. serious gaisss, wajib tengok episode kali ni, strike ikan Merah banyak gila.. kalau setakat ikan kerapu tu dah macam main apollo jadinya.. sebab banyak sangat,

dan teknik memancing dari Ubey Zul ni pun memang lain macam, geng Jigger Derhaka pun pelik, first time diaorang kabo memancing dengan teknik macam ni.

Antara pengalaman yang best juga, adalah kami bermalam di Pulau Aur, pulau yang sangat cantik, unik dan tenang, di tambah pula dengan masakan orang Pulau menggunakan ikan fresh yang kami dapat.. fuhhhh memang rasa sedap dia tu tak boleh dapat kat mana2.. serious my friends, you should give it a try! confirm tak menyesal!

Di sini juga kami mengucapkan terima kasih kepada crew crew boat Ubey Zul, yang banyak membantu disepanjang perjalanan terutamanya YEM Superstar yang tak lokek share ilmu memancing dengan kami.

Harap sahabat2 semua, geng geng sehobi, dan angler angler yang menonton, terhibur dengan entry kali ini, dan kami amat berterima kasih jika dapat support channel kami dengan subscribe, like dan share. semoga sahabat2 semua dimurahkan rezeki.. aminnn.. Terima Kasih dan Enjoy!!

Instagram
NautiPax :   / nautipax  

Tekek Boat Charter :   / tekek_boatcharter  

Shimano :   / shimano.fish  

Daiwa Malaysia :   / daiwa_malaysia  

All copyright free music used in this video comes from here : https://www.epidemicsound.com

Комментарии

Информация по комментариям в разработке