'Tarian Kipas Cina' oleh Kumpulan Kesenian JKKN Perak (SPM/RTM-2012)

Описание к видео 'Tarian Kipas Cina' oleh Kumpulan Kesenian JKKN Perak (SPM/RTM-2012)

Walaupun pada asasnya tarian kipas Cina merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki namun kali ini Kumpulan Kesenian JKKN Perak membuat persembahan secara langsung di Studio 2, Wsima TV, Angkasapuri sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2012.

Mereka terdiri daripada 3 penari wanita dan 2 penari lelaki. Persembahan khas ini disiarkan melalui saluran TV 1, RTM kepada seluruh warga Malaysia,Inodensia, Brunai dan Singapura. Terima kasih kepada Abdul Mutalib Abd Rahman, Pengarah JKKN Perak, Puan Fairuz Alias, Pegawai Perhubungan JKKN Perak, Encik Zuri Azmir Zukpli, Puan Nor Lydia bt Rusni serta Artis-artis Budaya JKKN Perak.

Tarian Kipas Cina telah menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке