Lubuk Kuih Raya Paling Laris di Klang

Описание к видео Lubuk Kuih Raya Paling Laris di Klang

Lubuk Kuih Raya Paling Laris di Klang

Laporan/foto: Juriah Suleiman/Muhd Afiqq Rahman

KLANG, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Bermula dari satu jenis kuih raya sahaja, kini berjaya mengeluarkan 90 jenis kuih raya dijual dengan harga berpatutan di Emy Cookies yang beroperasi sejak 27 tahun yang lalu.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan bermula RM 17.00 sehingga RM 21.00 sebalang menjadikan lubuk kuih raya ini menjadi lokasi tumpuan orang ramai termasuk peniaga kecil terutamanya di bulan Ramadan.

Menurut pengusaha Emy Cookies, Mohd Yusof Mohd Ali, masih mengekalkan konsep menjual kuih raya dengan harga berpatutan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya dapat merasai pelbagai jenis kuih raya keluarannya.

“Saya bercita-cita menjadikan Emy Cookies sebagai “one stop centre” untuk membantu Industri Kecil Sederhana (IKS) yang lain membantu memasarkan produk mereka di sini.

“Saya berterima kasih di atas bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor, MARA, TEKUN dan pelbagai agensi dalam membantu IKS dari dulu sehingga kini”.

Emy Cookies merupakan antara pengeluar kuih raya di Klang yang menjual pelbagai jenis kuih raya dan pencuci mulut dibuka setiap hari di bulan Ramadan bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.

#MalaysiaAktif #JaPenSelangor #KuihRaya #KuihRayaMurah #KuihRayaSedap #KuihRayaKlang #EmyCookies #EmyCookiesKlang

Комментарии

Информация по комментариям в разработке