Permata Seni Tari - Cindai, Lagu Tinting, Dondang Dendang

Описание к видео Permata Seni Tari - Cindai, Lagu Tinting, Dondang Dendang

Koir Kebangsaan 2018

Koir Kebangsaan Malaysia menggabungkan 9 Koleksi Terunggul Koir Kebangsaan Malaysia di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 17 & 18 November, 2018. Kumpulan Koir Kebangsaan ini di pimpin oleh Datuk Syafinaz Selamat.

9 Koleksi Terunggul juga bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Koir Kebangsaan kepada masyarakat dan memperluaskan produk baru Koir Kebangsaan Malaysia. Konsert ini adalah lambang kejayaan Siri Konsert Koir Kebangsaan Malaysia dan Jelajah Koir sejak 2005.

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 akan membawa kelainan dan mendendangkan lagu-lagu terpilih dalam siri KKM yang pernah dipentaskan bermula pada tahun 2009 sehingga 2017 seperti In Love With Peace (2009,2010,2011), Dir (2010,2012), No Wrong Notes (2011), Kembara Muzikal Teater & Filem (2013), Classique (2014), In Love With Rock (2015), 4th Bali International Choir Festival (2015), Wajah (2016) dan WARNA (2017).

Bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain dalam bidang Seni Muzik Tradisional dan Irama Malaysia, JKKN dan RTM akan menampilkan segmen khas “Pak Ngah Dalam Kenangan” menerusi segmen kedua melalui lagu-lagu popular hasil karya sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999.

Persembahan khas ini akan menampilkan Permata Seni Tari yang akan menarikan lagu Hati Kama, Cindai dan Dikir Puteri manakala Nyanyian Lagu Tinting, Dondang Dendang yang akan dinyanyikan oleh Alif dan Wawa, Penyanyi Kumpulan Kesenian Jabatan, JKKN.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке