Sebulan posa, akhirnya berHARI RAYA! Trip 11/24@Tekajong bersama Tekong Andi

Описание к видео Sebulan posa, akhirnya berHARI RAYA! Trip 11/24@Tekajong bersama Tekong Andi

Lebih sebulan saya tiada trip jigging (trip sungai ada la😎). Bukan sebab xda masa atau terlalu banyak kerja, tp tekong idaman dah fully booked. Tempoh masa 'puasa' yg agak panjang sedikit mempengaruhi emosi saya utk trip kali ini.
Cuaca semasa yg tidak menentu buat tidak keruan. Syukur pada hari kejadian, ramalan cuaca agak baik. Namun sempat la kami merasa mandi air laut & tak jumpa dasar sebab angin yg agak kuat pd sebelah pagi. Saya redha, sbb mmg niat nak melepas rindu berdiri dalam bot di tengah Laut Cina Selatan🥶
Perjalanan ke poin Paloh terpaksa 'detour' pagi tu, menyebabkan banyak masa terbuang begitu saja. Singgah ke poin sagai, kurang sambutan ditambah dgn alun & angin yg agak kencang. Sebelah tengahari, angin mula reda & kebanyakan ahlul dapat merasa nikmat strike (banyak jugak yg putus, sbb mungkin pencukai terdiri dr golongan bebudak yg kurang mahir menyentap jig kami🤣). Petang, sunyi balik. Syukur, ada hasil. GT lebih 20kg menjadi penutup trip kali ni.
Saksikan. Kongsikan. Yg baik ambek, yg x elok, buang jauh2. Usia menua ni kita usaha tambah amal. Musuh x nak sekali saya nak cari. Jumpa lagi Trip 12 in sha Allah.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке