telemovie batas

Описание к видео telemovie batas

JUDUL : BATAS
TARIKH / MASA : Selasa, 27 September 2016, 10.00 malam
SIARAN : Citra (TV2)
PENGARAH : Ebby Saiful
TERBITAN : KalamArif Holdings Sdn Bhd
PELAKON : Eman Manan, Sulaiman Yassin, Pekin Ibrahim, Raysha Rizzrose, Hushairi Hussain dan Asrulfaizal Kamaruzaman.
SINOPSIS BATAS
Berkisar tentang kehidupan Deraman baru dibebaskan dari penjara dan pulang ke kampung namun penduduk kampung meminggirkannya. Deraman membawa diri ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Hamdan, pemuda kampung yang baik, juga baru sampai ke Kuala Lumpur.
Mereka berkenalan dan menyewa sebuah rumah atas bantuan Doja. Hamdan sering mengikut Doja yang mencari duit dengan cara mendapat upah tarik kereta dan kutip hutang. Deraman sering menasihati Hamdan yang masih keliru kerana terikut dengan Doja mendapat duit dengan cara mudah.
Izad berjaya menjejaki Deraman yang berdendam atas kematian ayahnya. Dalam pergaduhan, Deraman tidak melawan dan ditikam Izad. Setelah didesak Izad, Mat Din akhirnya mengaku yang dia memfitnah Deraman.
Izad menyesal dan memohon maaf atas sikapnya yang bertindak tanpa batasan dan usul periksa. Izad berjanji akan membersihkan nama Deraman di kampung setelah mengetahui yang Deraman tidak membunuh ayahnya.
Deraman kemudiannya dibawa oleh Hamdan dan Doja berjumpa dengan anaknya Mat Ju di mana beliau berpuas hati kerana anaknya berjaya menjadi seorang hafiz.

video dari malaysia tube

Комментарии

Информация по комментариям в разработке