Pengalaman Haji Akbar 1443 Hijrah.Haji Yang Istimewa-Wukuf Jatuh Hari Jumaat

Описание к видео Pengalaman Haji Akbar 1443 Hijrah.Haji Yang Istimewa-Wukuf Jatuh Hari Jumaat

Alhamdulillah.Dengan izinNya, aturanNya, rezekiNya, segalaNya..

Haji 2022 (2 Julai- 14 Ogos; 45 hari)
Bingkisan kenangan perjalanan kami bersama Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd. Kami SY26- Kumpulan terakhir haji 2022

Terima kasih atas doa, sokongan, maklum balas sepanjang perkongsian ringkas semasa saya di sini. Ianya merupakan catatan sejarah perjalanan haji kali pertama disini.

Sesungguhnya.. berdasarkan perkongsian mereka yang terdahulu, jemaah tahun ini merupakan tahun yang sangat bertuah. Daripada kuota 1,000,000 hanya 700,000 yang hadir.

Kemudahan yang sangat ‘mewah’,jemaah boleh memilih tandas di Mina, mandi sehari berkali2, khemah yang sejuk (aircond 24jam), makanan yang sentiasa ada (biskut, buah, air, dan harian 3x sehari).

Semasa melontar jamrah juga, tiada kesesakan yang berlaku walaupun semua jemaah keluar secara serentak (melibatkan lebih 300 orang) pada waktu yang sama.

Tindakan sepantas kilat diberikan kepada jemaah yang dikesan berhadapan dengan cabaran kesihatan yang tidak diduga. Begitu juga aturan dalam setiap pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kami dialunkan dengan zikir merdu oleh petugas2 di sepanjang perjalanan di samping penerangan yang berkaitan dengan sirah, ibadah dan persoalan isu semasa dengan sangat baik.

Kredit perkhidmatan terbaik kepada Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd. Selama 37 hari di Mekah, hampir setiap hari terdapat kuliah Subuh dan padat dengan program ziarah di kawasan sekitarnya. Penerangan Habib Najmuddin Othman Al-Khered sangat banyak membantu dalam pemahaman, praktikal berdasarkan Al quran dan sunnah Nabi Muhammad

Semasa di Madinah, bonus bagi jemaah wanita kerana taklimat berkenaan pengecaman kedudukan maqam Rasulullah dan sahabat2 di dalam Raudah diterangkan secara terperinci (untuk makluman, jemaah wanita tidak dibenarkan sama sekali lalu di hadapan maqam tersebut selama ini).

Pengecaman tiang2 di Raudah, tiang taubat, tiang Aishah, tiang pohon kurma merupakan point penting semasa masuk di Raudah. Ini kerana semua karpet Raudah telah ditukar menjadi hijau (sebelum ini- hanya kawasan Raudah sahaja yang berkarpet hijau).

Alhamdulillah, atas izinNya juga,jemaah lelaki dan perempuan berjaya dapat slot masuk Raudah secara berkumpulan. Manakala slot individu pula adalah bebas berdasarkan masa yang dipilih oleh jemaah melalui apps Eatmarna.

Kredit seterusnya juga kepada barisan petugas, ustaz-ustaz terdiri daripada ust Naqiu, ust Mohd Ridwan, ust Tuan Shaharan Tuan Mat, ust Asyraf, ust Azian,Hajjah Khadijah, dan ramai lagi. Anda semua hebat. Moga terus cemerlang di dunia dan akhirat.

Moga semua dosa2 kita diampunkanNya, sentiasa dalam rahmatNya, dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan dan kesembuhan segala penyakit, dan ditempatkan bersama orang2 beriman kelak.

Mudah-mudahan Allah memberi peluang dan kesempatan kepada semuanya untuk hadir ke sini.. bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.. dalam segala kemampuan, dan diberkati.

Amin...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке