Public duties london | Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja/2008.

Описание к видео Public duties london | Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja/2008.

Sebenarnya, melaksanakan tugasan istiadat di United Kingdom (UK) itu telah menyebabkan kerajaan British memandang tinggi dan menaruh kepercayaan penuh terhadap ketumbukan tentera kita yang sememangnya profesional ketika menjalankan tugas.

Ini diakui sendiri oleh ketua jurulatih tentera British yang ditugaskan untuk melatih tentera kita, WO II Dorian Thomas daripada pasukan 1st Batallion Welsh Guards.

Beliau berkata, untuk melatih tentera dari negara luar memang sukar terutama dari segi budaya dan bahasa, tetapi tidak bagi tentera Malaysia kerana walaupun dalam tempoh yang singkat iaitu tiga minggu, mereka semua telah dapat menyesuaikan diri dan menerima prosedur yang diajar dengan baik.

Saya telah banyak melatih pasukan istiadat dari dalam dan luar negara yang datang ke sini untuk melaksanakan tugasan sama tetapi tahap disiplin dan kawad yang telah ditunjukkan oleh 1 RAMD amat memuaskan, katanya.

Malaysia merupakan negara keempat di dalam Pertubuhan Negara Komanwel yang dijemput oleh Kerajaan British selepas Kanada, Australia dan Jamaica. Di samping melaksanakan tugasan istiadat, kehadiran kompeni ini di UK bertujuan menguatkan tali perhubungan di antara Malaysia dan negara itu.

Seorang lagi jurulatih, WOI Mott Obe yang berpejabat di London berkata, kehadiran RAMD melaksanakan kawalan istiadat di sini adalah memuaskan kerana ketumbukan itu sangat profesional serta mempunyai sikap yang positif terhadap apa jua perkembangan.

Manakala Leftenan Colonel Jeremy Bagshaw menyatakan bahawa tentera British sangat berbesar hati menerima RAMD untuk mengambil bahagian dalam tugasan istiadat di sana.

Idea penghantaran 1 RAMD untuk melaksanakan Public Duties bermula ketika lawatan Rasmi Chief of General Staff United Kingdom, Gen. Sir Richard Dannat ke Malaysia pada 28 Februari 2007 di mana pada lawatan itu, beliau telah menerima Tabik Hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) 1 RAMD) di Dataran Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Lanjutan daripada tawaran itu, PTD memanjangkan tawaran daripada pihak tentera British berkenaan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk menghantar Kompeni Istiadat ke London sebagai menerima penghormatan dan jemputan daripada Kerajaan British. Selain itu, tawaran tentera British berkenaan juga dibuat bersempena dengan ulang tahun penubuhan Tentera Darat ke-75.

Sementara itu, ketua delegasi, Mejar Mohd. Fuad Md. Ghazali ketika ditemui berkata, jemputan untuk melaksanakan tugasan istiadat ini merupakan penghormatan terbesar bagi kami untuk melakukan kawalan ke atas Tuanku Permaisuri yang mana beliau adalah pemimpin kepada negara Komanwel.

Ini adalah detik yang bersejarah pada kami yang melakukan tugasan ini dan kami sedia memberikan persembahan yang terbaik.

Tugasan yang dilakukan ini juga adalah satu cara untuk membantu mengurangkan perselisihan fahaman agama di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pada hari ini terdapat pelbagai perbalahan di antara agama berlaku dan hari ini kami akan buktikan bahawa negara Islam boleh bekerjasama dengan negara bukan Islam,katanya dengan penuh harapan.

Sepanjang istiadat berlangsung ianya diiringi oleh Gabungan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PPRAMD) diketuai Pegawai Waren 1 Muhammad Nor Azizan Yahya dan Brass Band 1 RAMD.

Kumpulan ini terdiri daripada 20 anggota diketuai Drum Major Staf Sjn. Roshdi Mohd Bahari. Pancaragam ini mengiringi sepanjang istiadat dengan memainkan lagu-lagu tentera dan patriotik negara ketika upacara berlangsung.

Tugasan istiadat Kompeni bermula 29 April dan berakhir pada 13 Jun lepas. Sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada 15 Jun, Kompeni Istiadat 1 RAMD diketuai Mej. Mohd. Fuad Md Ghazali serta 129 pegawai dan anggota yang lain tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 17 April 2008 setelah mengharungi perjalanan selama 12 jam dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 747-200.

Pada upacara itu Kawalan Istiadat 1 RAMD (kawalan baru) terdiri daripada 1 Pegawai dan 21 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohamad Qadri Abu Bakar, yang menerima tugasan kawalan pertama daripada pasukan ARRC support Battalion (Pengawal Lama) untuk mengawal di Istana Windsor.

pandangan

Dari sudut pandangan penulis dan disokong beberapa pandangan penonton serta reaksi spontan penonton membuktikan bahawa mutu kawad dan muzik yang dipersembahkan kepada penonton sememangnya berkualiti tinggi dan penonton yang hadir begitu terpegun dan menghayati persembahan kami.

Sarjan Mejar Rejimen, Pegawai Waren 1 Hayazi Abd Aziz antara yang paling sibuk untuk membentuk satu kawalan yang benar-benar mantap di samping mengatur kedudukan anggota yang bertugas berdasarkan jadual tugasan yang agak padat.

"Apabila diumumkan 1 RAMD dipilih untuk melaksanakan tugasan ini (London Public Duties) saya merasakan ia adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang amat berat untuk diterima. Namun demikian berkat kesabaran, alhamdulillah segala-galanya telah selesai dan memberi kepuasan bagi diri saya.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке