Telur Masak Kicap cara Nasser's Kitchen

Описание к видео Telur Masak Kicap cara Nasser's Kitchen

Telur masak kicap satu masakan kegemaran ramai yang cepat dan ringkas disiapkan. Sesuai untuk yang bujang atau golongan pelajar yang kesuntukan masa.

Resepi telur masak kicap ini menggunakan hanya beberapa bahan yang sedia ada di dapur dan sesuai dipadankan dengan nasi panas dan sambal belacan. Juga boleh dimakan sebagai sarapan pagi dengan roti bakar atau sebagai lauk tambahan.

Selamat mencuba!
SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o

TEKS PENUH VIDEO

Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah telur masak kicap, satu resepi yang sangat ringkas dan mudah tetapi menjadi kegemaran ramai. Sangat sesuai untuk yang bujang dan golongan pelejar yang kesuntukan masa. Tonton hingga akhir untuk dapatkan semua tips saya untuk telur masak kicap. Jom kita ke dapur!

Untuk resepi ini , kita perlukan 3 biji telur. Ini sukatan untuk 2 hidangan.

Kita juge perlukan 2 biji bawang merah besar dan dua biji lada hijau.

Bawang besar kita hiris kasar seperti ini, jangan terlalu nipis.

Lada hijau juga kita hiris, menyerong seperti ini, juga jangan terlalu nipis.

Kita juga perlukan 3 sudu besar kicap manis, saya gunakan jenama Enaq tapi anda boleh gunakan apa-apa jenama pilihan anda.

dan juga 3 sudu besar sos tomato, di sini saya gunakan jenama Life.

Panaskan sedikut minyak untuk menumis, kalau nak lebih sedap boleh gunakan sedikit minyak sapi.

Bila minyak dah panas masukkan bawang merah yang kita hiris tadi. Nampak macam banyak tapi bawang akan mengecut setelah dimasak. Gunakan api yang sederhana supaya bawang tidak hangus.

Taburkan secubit garam untuk mempercepatkan proses masak bawang. Garam akan menarik air keluar dari bawang supaya cepat garing.

Kacau, jangan tak kacau!

Bila bawang dah kelihatan layu dan mula kuning ditepi, masukkan lada hijau.

Gaulkan supaya rata.

Selepas beberapa minit, bawang akan mula kelihatan garing. Sekarang kita ketepikan bawang dan lada hijau untuk sediakan ruangan untuk kita goreng telur.

Masukkan telur. Tuangkan sos tomato pada bawang dan lada hijau.Pastikan tak ada yang tertinggal.

Diikuti 3 sudu besar kicap, tuangkan sedikit kicap pada telur.

Tutupkan untuk 2-3 minit atau sehingga telur masak.

Saya suka kuning telur saya lembut dan cair sedikit, kalau anda suka kuning yang keras, masak lagi 1-2 minit.

Telur masak kicap dah siap untuk dihidangkan, saya hiaskan dengan sedikit cili padi potong untuk lebih pedas dan taburkan hirisan daun bawang. Hidangan ini sangat sesuai dimakan dengan Nasi panas dan sambal belacan. Juga sesuai dimakan sebagai sarapan pagi dengan roti bakar atau sebagai lauk tambahan. Jika belum subscribe , sila subscribe di YouTube dan follow di Facebook dan Instagram. Jangan lupa tinggalkan komen. Selamat mencuba!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке