Video Korporat Majlis Perwakilan Pelajar KUIS 2020/2021

Описание к видео Video Korporat Majlis Perwakilan Pelajar KUIS 2020/2021

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KUIS SESI 2020/2021

Barisan kepimpinan sesi ini terdiri daripada 26 orang. 8 orang daripadanya merupakan barisan Majlis Tertinggi, 10 orang yang berada di barisan exco dan 8 orang barisan senator yang mengetuai fakulti.

Majlis Perwakilan Pelajar bertindak sebagai pemimpin tertinggi kampus bagi membantu mahasiswa dari aspek kebajikan, pendidikan, tarbiah, sukan dan sebagainya selain berperanan membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti keperluan dan kebajikan pelajar.

Merangka, merunding dan melaksana adalah pendekatan yang digunapakai bersama pihak pengurusan. Konsep mesra mahasiswa diterapkan dalam MPP sesi kali ini. Kami bersedia dihubungi bila-bila masa sahaja bagi menghulurkan bantuan dan mendengar aduan daripada mahasiswa.

Empowering Youth, laungan dan seruan yang menjadi tagline dan pembawakan sesi ini dipilih dengan harapan dapat membangunkan jiwa-jiwa mahasiswa yang berkepimpinan, berkemahiran dan bertanggungjawab.

Mari sama-sama kita saksikan video korporat barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 20/21.


Video by : Arz Production
  / arzproduction  

Videographer : Afiq Rozlan, Syafiq Shams, Razi
  / afiqrozlan  
  / syafiqshams  
  / rvzi.my  

Editor : Afiq Rozlan
  / afiqrozlan  

Soundtrack :
NEFFEX - Best of Me [Official Video]
   • NEFFEX - Best of Me [Official Video]  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке