MUZIK TARIAN TRADISIONAL SABAH | RAMBAI | ETNIK TIDUNG

Описание к видео MUZIK TARIAN TRADISIONAL SABAH | RAMBAI | ETNIK TIDUNG

Tidung adalah suku kaum yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau, Kalabakan, Merotai, Bum Balai dan Sebatik. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk. Rambai adalah satu perkataan yang bermaksud Tampi atau menampi dengan Nyiru. Perkataan Rambai ini sangat sinonim dengan perkerjaan menuai padi. Melalui gerak-gerak petani ketika INTOGOS (bekerja), BEKABUN (berkebun), dan TONGOYON (gotong-royong). Tarian ini ditarikan untuk menyambut atau meraikan musim menuai dalam sebuah pesta yang diadakan di kawasan tanah rata iaitu Kalimaran, Nunukan , Tarakan & Bolongan. Festival ini dinamakan Pesta menuai samada untuk padi sawah ataupun padi bukit .Kebiasaanya tarian ini dipersembahkan untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kejayaan hasil tanaman padi mereka. Asalnya tarian rambai menggunakan busana yang berasaskan warna hitam dan hiasan lace waran emas. Alat muzik yang digunakan oleh suku kaum Tidung untuk lagu rambai ialah kulintangan, gendang dan gong.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке