Menu Istimewa Gulai Keladi Ikan Masin | Resepi Tok Kedah

Описание к видео Menu Istimewa Gulai Keladi Ikan Masin | Resepi Tok Kedah

Tonton Bahagian 1 Ubi Telampong di sini:    • Orang Kedah Pun Tak Kenal Ubi Telampo...  

Sambil menunggu Ubi Telampong siap dimasak, Fendi sempat belajar masak resepi orang tua dulu-dulu, Gulai Keladi Ikan Masin. Masakan ini memang sinonim di daerah Kampung Teluk, Mukim Binjal sebagai menu makanan tengahari dan dihidangkan kepada orang kampung yang bergotong-royong menghasilkan Ubi Telampong. Menu Gulai Keladi Ikan Masin ini memang mudah untuk dibuat kerana bahan-bahan yang digunakan boleh diambil dari kebun tepi rumah sahaja.

Di kampung ini, kebiasaannya makanan ini disajikan dengan pelbagai menu lain seperti kerabu pisang muda, kerabu paku rawon, ikan goreng, ikan pekasam dan sambal belacan. Walaupun lauk nya nampak biasa dan mudah untuk dimasak, tetapi rasa nya cukup enak dimakan bersama nasi panas. Masakan Mak Ngah Siti ini memang semua nya sedap belaka!

Tonton Siri Resepi Tok di bawah:-
Resepi Tok Pulau Pinang :    • Resepi Tok Pulau Pinang  
Resepi Tok Ramadan :    • Resepi Tok Ramadhan  
Resepi Tok Langkawi :    • Resepi Tok Langkawi  
Resepi Tok Perlis :    • Resepi Tok Perlis  

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке