#ajl37

Описание к видео #ajl37

#ajl37 #marshamilan #kembaliterang

[ Analisis Vokal @ Reaction ]

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 37

Lagu : KEMBALI TERANG

Penyanyi : Marsha Milan

Komposer Lagu : Ajin , Senna
Lirik : Ajin , Senna


13 February 2023

Keputusan AJL 37 : Pemenang Anugerah Juara Lagu 2022 / 2023

Aina Abdul merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dengan pengumuman tersebut, Aina memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.

Aina turut diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Suatu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne dan Joe Flizzow ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow dan mereka membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000.

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos menerusi lagu ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis dan lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.

Kemenangan itu melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.

Shiha Zikir mengungguli kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi.

Khai Bahar yang mendendangkan lagu Sengsara ciptaan dan lirik Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке