Panduan Apa Nak Bawa Untuk Travel Umrah. Masuk Mekah dulu. Hand carry luggage

Описание к видео Panduan Apa Nak Bawa Untuk Travel Umrah. Masuk Mekah dulu. Hand carry luggage

Assalamualaikum.

Soalan lazim, apa yang perlu dibawa ke Tanah Suci. Ini lebih kepada Jemaah yang masuk ke Mekah dahulu. Pertama sekali kita biasakan dengan terma beg bawaan dalam pesawat.

1. Checked Luggage / Check-In luggage : ialah beg yang kita bawa dalam perut pesawat, perlu diselesaikan sewaktu di kaunter boarding. Biasanya luggage tag akan ditampal di belakang boarding pass kita. Jika 3 luggage, aka nada 3 sticker tagging di letak di pass masuk. Dan jika melalui Travel Agent (TA), biasanya wakil TA akan pegang semua tagging sticker, jadi Jemaah jangan risau. Timbangan dibenarkan adalah mengikut airlines, ada yang benarkan 20kg, 35kg dan 40kg. Check dengan airlines masing-masing.

2. Hand luggage / Hand-carry / Cabin Luggage : ialah beg yang kitab awa Bersama ke dalam pesawat. Bermakna beg ini ada Bersama kita sepanjang penerbangan. Hand-luggage ini biasanya dibenarkan 2 beg iaitu, handbag (jika pergi dengan TA, handbag ini ialah beg paling kecil yang kita dapat), dan beg kedua ialah beg luggage berukuran kabin (jika pergi dengan TA, beg kabin ini ialah luggage yang berukuran paling kecil). Beg ini perlu diletakkan di kompartmen bahagian atas tempat duduk. Timbangan dibenarkan adalah 7kg sahaja.
.
.
.
.
Tetapi di sini saya hanya membicarakan tentang apa perlu dibawa di dalam beg Perkara 2 di atas iaitu Beg Bawaan-Tangan (hand-carry) iaitu beg yang akan bersama kita dalam pesawat. Apa yang perlu dalam hand-carry - Handbag (lelaki atau perempuan, beg kecil akan disebut handbag di sini) :
1. Passport, Visa dan Duit / Kad bank.
2. Handphone.
3. Ubatan, medicine supply untuk keperluan 24jam – inhaler, pil, insulin dan apa saja keperluan ubat.
4. Cermin mata
5. Pen – untuk isi apa saja keperluan boring (jika perlu)
6. Snack – jenis kering dibenarkan, gula-gula untuk pesakit diabetic elakkan hypo (kurang gula).
7. Tisu basah – lebih bagus jika 99% pembasmi kuman, tiada wanigan bagi menjaga larangan ihram.
8. Berus gigi dan ubat gigi kecil – kesegaran diri bermula dari mulut.
9. Powerbank dan wire.
10. Botol air kecil (dikosongkan sewaktu boarding) – kekal hidrasi, kekal sihat.
.
.
.
Apa yang perlu dalam hand-carry – Cabin Luggage :
1. Ubatan, medicine supply untuk keperluan 3 hari.
2. Satu persalinan baju (seluar dalam, jubah, stokin)
3. Kain ihram spare bagi lelaki. Telekung atas bagi perempuan.
4. Tuala kecil.
5. Gunting ihram yang berukuran kurang 6cm (lebih 6cm akan dibuang-dilarang)
6. Charger plug handphone.
7. Lotion UV, pencuci muka, krim muka atau apa saja keperluan dengan ukuran kurang 100ml.
8. Selipar ke umrah dan beg kasut.
.
.
.
Item yang perlu dibawa dalam hand-carry pada asasnya adalah item keperluan penting jika beg tersebut tertinggal pesawat, hilang, salah arah atau lambat sampai - (missing, late delivery). Dengan item yang dibawa dalam hand-carry, Jemaah tetap dapat menyegerakan umrah pertama dengan sempurna dan selesa. InsyaaAllah.

Semoga bermanfaat. Wassalam.

#tipsumrah #panduanumrah #belajarumrah #umrah #solat #ziarah #mekah #madinah

Комментарии

Информация по комментариям в разработке