JDT U14 juara Liga KPM 2022.

Описание к видео JDT U14 juara Liga KPM 2022.

Perlawanan akhir Liga KPM 2022 antara JDT u14 vs AMD u14 terganggu seketika apabila ultras JDT, Boys Of Straits dilihat berada di belakang gol sewaktu acara sepakan penalti sedang berlangsung. Keadaan ini memaksa pihak AMD melakukan protes kpd komisioner perlawanan yg mendakwa penyokong di belakang gol tersebut dikatakan mengganggu tumpuan sepakan penalti.

Pihak stadium terpaksa membuat pengumuman supaya penyokong2 tersebut bersurai dan berada di tempat duduk penyokong supaya perlawanan dapat diteruskan. Komisioner perlawanan dan pegawai JDT juga kelihatan cuba memujuk para penyokong supaya segera bersurai dan tidak mengganggu tumpuan perlawanan.

Selepas hampir 10 minit perlawanan terhenti seketika, sepakan penalti disambung semula. Pasukan AMD terpaksa membayar harga yg mahal atas situasi tersebut apabila sepakan penalti berikutnya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JDT. Beliau sekali lagi telah menjadi wira pasukan apabila menyelamatkan sepakan penalti buat kali kedua. JDT u14 akhirnya dinobatkan sebagai juara Liga KPM 2022 dengan menewaskan AMD u14 menerusi sepakan penalti 4-1 setelah kedua2 pasukan terikat 1-1 di masa penuh perlawanan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке