Teknik dan Tips Melukis Mural di Tangga Matematik Tema Ceria Kanak Kanak Riang

Описание к видео Teknik dan Tips Melukis Mural di Tangga Matematik Tema Ceria Kanak Kanak Riang

Alhamdulillah siap juga mural kami. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menyumbang tenaga.

Terima kasih kak Zakiah belanja ambe makan saban hari sepanjang kita menyiapkan mural.Moral support akak, tip top tahap golongan kayangan. 😂

Seronok bila dah siap mural untuk anak² murid tengok sambil belajar dan hafal.

Bukan niat kami nak menunjuk bakat guru, cuma semoga ia menjadi manfaat bagi semua yang nak ceriakan kawasan sekolah juga.

Memang dah menjadi naluri guru nak sediakan tempat kondusif untuk anak² murid kesayangan mereka.

Ya. betul, bukan murid yang buat, mungkin ia tidak menghala kearah kemenjadian murid dalam menyiapka mural, tapi biarlah murid berada dalam kelas dan tumpu kepada pelajaran mereka, bukan buang tenaga dan masa mereka untuk melukis mural.

Mira dah buat video, boleh la murid tengok dan belajar cara nak buat mural. Kira menghala ke arah kemenjadian murid juga kan?

Jangan mudah terpengaruh dengan kata² orang. Buatlah kebaikan yang memberi manfaat selagi boleh.

Cakap banyak,
Menyumbang tu tidak,
Complain je tahu,
Jangan jadi begitu.

Takpe kene 'buli' anggap saje ia proses kita belajar mengenali manusia dan cara nak menyelesaikan masalah.

Pilih. Samada nak bantu siapkan kerja tu atau cuba belajar menolak permintaan dengan berhemah.

Jangan biar orang pijak kita, tapi tak salah ringan tulang bantu orang.

Semua terletak pada diri kita. Pandai² lah nak hidup. Kene kuat semangat. Jangan malas. Jangan jadi penakut dalam menyuarakan hak kita. Berani kerana benar!

Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba, semoga berjaya.

Mira Rizqah,
Menyumbang sekadar kudrat yang ada.

Music from free to use Music
Track - November by Limujii
   • Upbeat Happy No Copyright Free Energe...  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке