POS KUALA MU SUNGAI SIPUT PERAK lokasi popular bagi kaki camping satu Malaysia

Описание к видео POS KUALA MU SUNGAI SIPUT PERAK lokasi popular bagi kaki camping satu Malaysia

Sejujurnya saya bukanlah orang yang tepat dan amator bercerita tentang camping. Apa saya kongsi disini atas pengalaman saya sendiri semasa camping.

Pos Kuala mu Terletak di tanah tinggi banjaran Titiwangsa, dijaga oleh penduduk Orang Asli suku Temiar. perkampungan Orang Asli suku Temiar terletak paling hujung di kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Mu. berketinggian antara 600 ke 700 meter dari aras laut.

perjalanan menaiki kereta mengambil masa kira-kira empat jam dari Kuala Lumpur dan hampir dua jam dari pekan Sungai Siput Perak, perjalanan sedikit sukar susulan keadaan jalan yang berbukit dan selekoh.

terdapat lima chalet yang beroperasi disini chalet gepeh hulu, tapak perkhemahan gepeh hilir, chalet pulau desa Lestari, chalet bersah dan chalet dusun. pondok dan chalet disini cantik-cantik kemudahan asas lengkap tandas, bekalan elektrik, paip air, sinki dan kedai runcit.
kawasan sekitar chalet bersih cantik, sungai sejuk, air jernih kristal clear.

Line telco disini cemerlang tiada masalah nak berhubung dengan kawan-kawan dan keluarga. sepanjang tiga hari dua malam camping disini terasa suasana berbeza dari tempat-tempat lain bercamping sebelum ini. rasa tenang dan dekat dengan alam semulajadi buatkan nak datang lagi.

so tunggu apa lagi jom ke sini.

#camping
#campingcar
#campingday
#campingmalaysia
#campsite
#campinglife
#campinginforest
#campingceria
#familycampingmalaysia

Facebook 👇
https://www.facebook.com/alansalleh.a...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке