LAKSAM yang kenyal lembut & kuah sedap semangkuk tak cukup

Описание к видео LAKSAM yang kenyal lembut & kuah sedap semangkuk tak cukup

Siapa peminat laksam tapi tak pernah cuba masak?
Jom tengok Che Nom tunjukkan video step by step bermula dari cara memproses ikan dan memasak kuah laksam yang cukup sedap berlemak. Kemudian cara penyediaan laksam yang lembut dan mudah digulung, lepas tu kita buat sambal lada yang pedas masam dan juga penyediaan ulam-ulaman sebagai pelengkap hidangan.

Semangkuk laksam cukup lengkap dengan protein, karbohidrat, dan fiber. Masak pun tak perlu tumis pakai minyak, memang hidangan yg sihat lah. Bukan sahaja orang pantai timur yang suka malahorang negeri lain pun pandai makan.
Menu-menu berkuah ni memang agak leceh nak buat, tapi kalau sekali masak untuk famili berbaloi hasilnya. Boleh makan berulang-ulang..jimat belanja.

//Bahasa Melayu
-------------------------------------
Bahan-bahan kuah:
1 kilo ikan kembung
1 sk garam
2 keping asam gelugor

1 inci halia
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecil
1 biji bawang merah besar
1-2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 sb gula melaka
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
1- 1 1/2 sb lada hitam

Bahan-bahan laksam:
3 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 sk garam
5 cwn air suam
2 sb minyak masak
**kalau masih sedikit pekat tambah je air sikit, dan cuba kukus sekali untuk tengok hasilnnya

Bahan sambal cili bercuka
4 tangkai cili merah besar
10 tangkai cili padi
Sedikit belacan bakar
1/4 cwn cuka makan
ATAU jus limau
Garam & gula secukup rasa

Bahan ulam-ulaman:
Timun
Bunga kantan
Kacang panjang
Kobis
Daun kesum
Taugeh
Limau

//English
---------------------------------

Gravy ingredients:
1 kilo mackerel
1 tsp salt
2 pieces tamarind slice

1 inch ginger
4 cloves garlic
5 shallots
1 red onion
1-2 pieces tamarind slice
Salt to taste
1/2 tbsp palm sugar
Coconut milk from 1 1/2 coconuts
1- 1 1/2 tbsp black pepper

Laksam ingredients:
3 cups rice flour
1/2 cup plain flour
1 tsp salt
5 cups warm water
2 tbsp cooking oil

Vinegar chili sauce ingredients
4 stalks red chili
10 stalks bird's eye chili rice
A little bit toasted fermented shrimp paste
1/4 cup vinegar
OR lime juice
Salt & sugar to taste

Side dish ingredients:
Cucumber
Torch ginger flowers
Long beans
Cabbage
Vietnamese coriander
Bean sprouts
Lime


Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom

Комментарии

Информация по комментариям в разработке