5.1 Asas Gelombang (Part 1) | BAB 5 Gelombang | Fizik Tingkatan 4 | Buku Teks

Описание к видео 5.1 Asas Gelombang (Part 1) | BAB 5 Gelombang | Fizik Tingkatan 4 | Buku Teks

5.1.1 Memerihalkan gelombang.
Menjalankan aktiviti untuk mengkaji penghasilan gelombang oleh satu sistem ayunan atau getaran.
Penggunaan tangki riak/ spring slinki/ simulasi komputer untuk menjana idea bahawa gelombang
memindahkan tenaga tanpa memindahkan jirim.

5.1.2 Menyatakan jenis gelombang.
Terdapat dua jenis gelombang iaitu:
 gelombang progresif
 gelombang pegun
Gelombang progresif ialah gelombang di mana profil gelombang merambat dengan masa.
Terdapat dua jenis gelombang progresif iaitu:
 gelombang melintang
 gelombang membujur
Gelombang pegun ialah gelombang di mana profil gelombang tidak merambat dengan masa

Contoh gelombang pegun ialah gelombang yang terhasil di dalam alat-alat muzik.
Perbincangan gelombang pegun terhad kepada maksud dan bentuknya sahaja.
Gelombang dibahagikan kepada
 gelombang mekanik
 gelombang elektromagnet.
Contoh:
Gelombang mekanik – gelombang air dan bunyi
Gelombang elektromagnet – cahaya dan gelombang radio

5.1.3 Membandingkan gelombang melintang dan gelombang membujur.
Cadangan aktiviti:
Penggunaan tangki riak/spring slinki/ simulasi komputer untuk menerang dan membandingkan
gelombang melintang dan gelombang membujur.
Memberi contoh-contoh gelombang melintang dan gelombang membujur.

Contoh gelombang melintang ialah gelombang air, gelombang radio dan gelombang cahaya.
Contoh gelombang membujur ialah gelombang bunyi.

5.1.4 Menerangkan ciri-ciri gelombang:
(i) Amplitud, A
(ii) Tempoh, T
(iii) Frekuensi, f
(iv) Panjang gelombang, λ
(v) Laju gelombang, v

Mendefinisi istilah gelombang berikut:
 Amplitud, A
 Tempoh, T
 Frekuensi, f
 Panjang gelombang, λ
 Laju gelombang, v

5.1.5 Melakar dan mentafsir graf gelombang:
(i) sesaran melawan masa
(ii) sesaran melawan jarak

Menentukan nilai-nilai ini dari graf:
 Amplitud, A
 Tempoh, T
 Frekuensi, f
 Panjang gelombang, λ
 Laju gelombang, v

5.1.6 Menentukan panjang gelombang, λ,
frekuensi, f dan laju gelombang, v.

Menjalankan aktiviti dengan menggunakan tangki riak dan stroboskop digital xenon untuk menentukan
panjang gelombang dan frekuensi gelombang dan seterusnya menghitung laju gelombang menggunakan
rumus gelombang, v = f λ.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке