Lontong Kuah Lodeh Istimewa Hari Raya

Описание к видео Lontong Kuah Lodeh Istimewa Hari Raya

Kali ni jom kita masak kuah lodeh yang biasa dipadankan bersama lontong atau nasi impit. Setiap kali raya, hidangan ni antara yang wajib dihidangkan. Walaupun kuah lodeh ni bukan makanan tradisi tempat asal Che Nom, tapi dah jadi menu favourite sejak dulu lagi.

Resepi ni CN dapat dari pembantu yang berasal dari Indonesia, resepi keluarganya. Memang sedap kerana ada satu bahan tambahan yg buatkan kuah lodeh ni lebih pekat dan menarik rasanya. Memang kena lah dengan selera. Sesiapa yang suka makan di pagi raya, boleh cuba masa sendiri. Tak susah pun.

Mula-mula kita sediakan bahan-bahan untuk dimasukkan dalam kuah lodeh dan juga bahan-bahan kisar untuk tumisan.
Rasa berlemak dari santan, rasa pedas dari 3 jenis cili, lengkap dengan sayur-sayur, tempe dan tauhu, rasa manis udang memang cukup untuk buatkan kita makan tak cukup sepinggan.

//Bahasa Melayu
---------------------------------
Bahan-bahan kisar halus:
3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1-2 ketul kunyit hidup
1 inci halia
1 biji tomato
1-2 biji cili merah
4-5 tangkai cili padi
2 tangkai cili kering
3 biji buah keras
1 sudu besar udang kering
sedikit air

Bahan-bahan untuk goreng:
2 keping tempe
4 ketul tauhu
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan lain:
3-4 sudu besar minyak masak
1 batang serai
1 inci lengkuas
1-2 helai daun bay (lupa letak kat video)
1 batang lobak merah
1 biji kecil sengkuang
sedikit air
4 batang kacang panjang
1 keping fucuk
suun
3 - 4 cawan santan cair (atau lebih jika suka)
kubis
garam secukup rasa
1 mangkuk santan pekat
10-15 ekor udang
1/3 sudu kecil gula
nasi impit
sambal ikan bilis
telur rebus
ikan bilis goreng


//English
-----------------------------------
Fine grind ingredients:
3 shallots
3-4 cloves garlic
1-2 pieces fresh turmeric
1 inch ginger
1 tomato
1-2 red chillies
4-5 stalks of birds eye chili
2 stalks dried chillies
3 candlenuts
1 tablespoon dried shrimp
some water

Ingredients for frying:
1 piece tempeh
4 pieces tofu or bean curd
a little bit of salt
a little turmeric powder

Other ingredients:
3-4 tablespoons of cooking oil
1 stalk lemongrass
1 inch galangal
1-2 bay leaves (forgot ti include in video)
1 carrot
1 small sweet turnip
some water
4 long beans
1 piece bean curd sheet
glass noodles
3 - 4 cups light milk (or more if desired)
cabbage
salt to taste
1 bowl thick coconut milk
10-15 shrimp
1/3 teaspoon sugar
compressed rice
spicy anchovies (sambal)
boiled eggs
fried anchovies

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Комментарии

Информация по комментариям в разработке