TNE2 | 060415 | "Fitnah Tua Nyanyuk & Barber Kepak Kepala" - Ustaz Shamsuri Ahmad

Описание к видео TNE2 | 060415 | "Fitnah Tua Nyanyuk & Barber Kepak Kepala" - Ustaz Shamsuri Ahmad

REMASTERED Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh pada 6hb April 2015.

~ Umur umat Nabi antara 60 ke 70 tahun, tak ramai yang melepasi umur itu
~ Masa yang berbaki sikit berbanding masa yang telah pergi
~ Topik perbincangan ialah umur Nabi
~ Zaman tak ada surat beranak dan Ic
~ Teka dan agak umur Nabi dan para sahabat
~ Saidina Abu Bakar lebih tua daripada Nabi semasa Abu Bakar meninggal
~ Umur sahabat-sahabat Nabi (Abu Bakar dan Umar) ketika meninggal dunia
~ Jangan ada dikalangan orang Islam yang bercita-cita nak mati, walaupun sakit
~ Banyaknya penyakit yang menjadi silent killer (boleh mati mendadak)
~ Apabila mati seseorang, amal kebaikan akan terhenti
~ Tidak ada lagi amalan dan pahala melainkan tiga perkara selepas kematian
~ Tidak ada sumber lain untuk mendapatkan pahala melainkan daripada tiga perkara
~ Dimana keadilan Allah, jika boleh "beli pahala"
~ Sesungguhnya orang mukmin itu, sepatutnya bertambah kebaikan seiring dengan pertambahan umur
~ Pertanya seorang Arab Badwi kepada Nabi, Siapakah manusia yang terbaik?
~ Nabi selalu berdoa dengan doa-doa ini
~ Saidina Anas yang spend masa 10 tahun sebagai khadam Nabi
~ Nabi minta supaya tak jadi orang yang kedekut, pemalas, dan umur panjang sehingga nyanyuk
~ Tua nyanyuk ni menjadi fitnah yang banyak
~ Minta dijauhkan dari siksa kubur, walaupun Nabi confirm tak kena
~ Kisah seorang perempuan atau pemuda kulit hitam yang sentiasa cari ruang nak berkhidmat untuk Nabi
~ "Awat tak da sapa habaq kat aku, kata dia dah mati?"
~ Kubur gelap gelemat untuk orang yang masuk ke dalamnya
~ Cerita yang setiap dari kita akan lalui
~ Kematian Jamaludin Jarjis
~ Kisah Sahabat Nabi bernama Abu Salamah meninggal
~ Mata akan tengok roh pergi (yang mati mata tertutup ni dalam drama saja)
~ Tolong jangan doa melainkan yang baik-baik untuk orang mati
~ Malaikat akan mengaminkan apa yang didoakan
~ Doa yang Nabi doakan untuk orang yang meninggal
~ Nak buat apa pun biarlah bersandar kepada hadis Nabi
~ Tua macam mana pun, nak panjang umur, dan suka harta
~ Umur adalah anugerah dan amanah Allah
~ Sementara nak tunggu masa kita, perbanyakkan amalan
~ Banyakkan minta ampun kepada Allah

-- TAFSIR NURUL EHSAN JILID 2 MUKA SURAT 311 --

~ Tafsir Surah An-Nahl Ayat 75
~ Terlampau banyak ayat perumpamaan dalam Quran
~ Allah bandingkan antara hamba dan orang yang merdeka
~ Beza orang Islam dan kafir (sedekah 1000 pun tak dapat apa)
~ Untuk selamat dari fitnah Dajjal kena hafal Surah Al-Kahfi
~ Tak perlu tokok tambah dengan cerita karut marut
~ "Kalau tuan-tuan prihatin dengan iman tuan-tuan, tolong forward"
~ Orang yang buat amalan, tapi rugi dan tak dapat pahala (sia-sia)
~ Orang yang ingkar dengan Quran dan hari bertemu Allah
~ Banyak orang kafir yang baik
~ Sebahagian orang Islam sendiri tak jaga mak ayah
~ Pentingnya sampaikan Islam kepada kawan-kawan bukan Islam
~ Kebaikan yang tidak ada nilai disisi Allah
~ Orang yang cacat, kadang-kadang menjadi ujian kepada orang lain
~ Samakah berhala yang tak boleh beri manfaat dengan Allah
~ Fikir macam Nabi Ibrahim berfikir
~ Apa yang ada dilangit dan dibumi adalah rahsia Allah
~ Adakah makhluk lain di langit selain manusia?
~ Jawapan Sharir Samad berkaitan hudud
~ Orang semakin faham tentang hudud, bukan berkaitan parti politik
~ Kita tak mau undang-undang Allah dipaksa tanpa kefahaman
~ Lima orang pengawal keselamatan di ugut dan dipukul
~ Jenayah yang tidak terbendung menjadi-jadi
~ Kisah Gabenor pengsan yang baca Ayat dari Surah Al Muddasir
~ Cerita kiamat bermula apabila ditiupnya sangkakala
~ Sangkakala akan ditiup dua kali
~ Dahsyatnya cerita kiamat, boleh terjadi sekelip mata
~ Masa kita beranak keluar dulu, apa yang kita ingat
~ Ketegaq sangat, beranak waktu tengahari kot
~ Allah bagi sikit demi sikit, setiap panca indera
~ Semua benda kena step by step tak boleh sekaligus
~ Ilmu kena tambah dan cari
~ Perumpamaan ilmu umpama naik helicopter
~ Semakin berumur, semakin matang seseorang manusia
~ Saluran urat darah dalam badan manusia
~ Pembohong ka Ustaz Shamsuri ni?
~ Tengok Melodi apa faedah kita dapat?
~ Sistem saraf seumpama sistem eletrik dalam badan manusia
~ Degupan jantung manusia siapa yang control?
~ Semua sistem dalam badan berhenti ketika bersin
~ Orang lelaki lebih mudah mendapat buta warna berbanding wanita
~ Allah bagi "simptom" sebelum datang penyakit
~ Tanda jantung tak berapa elok (sakit jantung)
~ Pengalaman Ustaz rasa "macam sakit jantung"
~ "Pak cik punya pasal, aku balik terus.."
~ You ada bagi "barber" kepak kepala masa potong rambut?
---
Sokong Projek Zonkuliah Dengan Menyumbang Ke Akaun Berikut :
➢ https://toyyibpay.com/zonkuliah
➢ MAYBANK (Produksi Zonkita) - 557250054584
➢ PAYPAL - paypal.me/DanaZK
---
☑● Doakan Dimurahkan Rezeki dan Diberikan Kesihatan Yang Baik Untuk Kami Teruskan Projek ZonKuliah ☑●

✚ Untuk update terkini sila like Facebook Page kami : www.facebook.com/zonkuliah
---
#Zonkuliah #UstazShamsuri #KuliahAgama

Комментарии

Информация по комментариям в разработке