Video Teaser Kalendar Program JKKN 2024

Описание к видео Video Teaser Kalendar Program JKKN 2024

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) merupakan peneraju bidang kebudayaan dan kesenian negara yang bertanggungjawab menyemarakkan seni dan budaya melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pada tahun 2024, JKKN terus merancang dan merangka lebih banyak program dan aktiviti dalam usaha memartabat dan menyemarakkan seni budaya yang boleh menyumbang ke arah penjanaan ekonomi seiring dengan industri pelancongan negara.

Penetapan program/aktiviti JKKN adalah berteraskan kepada Pelan Strategik JKKN 2021-2025 yang juga selari dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) serta Pelan Strategik MOTAC 2021-2025.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке