Israk Mikraj: Peristiwa Yang Berlaku Ketika Nabi Sedang Bersedih - DR ROZAIMI RAMLE

Описание к видео Israk Mikraj: Peristiwa Yang Berlaku Ketika Nabi Sedang Bersedih - DR ROZAIMI RAMLE

SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ:

Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.

Kupasan Oleh DR ROZAIMI RAMLE

Sila Share @ Like @ Komen dan berikan pendapat anda untuk memantapkan lagi channel ini dan Untuk Video2 Lain Yang Manfaat Untuk Dikongsikan, click dan subscribe channel ini :
https://www.youtube.com/c/GengMuslim?...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке