Seminar Baitul Muslim 3.0 : Suami, Isteri: Hak dan Tanggungjawab - Ustazah Isfadiah & Ustaz Muhidin

Описание к видео Seminar Baitul Muslim 3.0 : Suami, Isteri: Hak dan Tanggungjawab - Ustazah Isfadiah & Ustaz Muhidin

Assalamu'alaykum wbt,
antara isi penting:
[1] Life is an opened secret. Rumahtangga adalah sebahagian dari kehidupan dan ia tak akan terjadi jika tidak saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna.
[2] Jangan ubah manusia, tapi ubahlah akhlak. Mulakan dengan akhlak diri sendiri. Semua orang mahukan kesempurnaan, tapi kita perlu ingat bahawa kita bukan robot!
[3] Suami rendahkan sedikit ego dan bersedialah menerima nasihat dan pendapat pasangan.
[4] Ingat dan amalkan bahasa cinta: a) Bahasa dan kata-kata manis, b) Hadiah tanda ingatan, c) Sentuhan, d) Masa yang berkualiti, e) Khidmat dan bantuan kepada pasangan.
[5] Selalu ingat bahawa kita adalah pelengkap kepada pasangan. Bukan semata-mata menuai hasil dari pasangan.
[6] Jadikan asas kepada tanggungjawab ini datangnya dari cinta kepada Allah dan pasangan.
[7] Jangan fikir hak kita dulu! Bersungguh-sungguhlah dalam memberi khidmat dan tanggungjawab terbaik kepada pasangan. Insya Allah imbal balik itu akan datang balik kepada kita secara semulajadi. Percaya kepada sifir what you give, you get back.
[8] Matlamat perkahwinan bukan semata-mata untuk melayan nafsu. Bersama bantu membantu dalam kerja khalifah- Sebab tu kena tsabatkan niat yang jelas sebelum berumahtangga. Semuanya mesti kerana Allah.
[9] Isteri perlu faham gaya suami dan bahasa suami dalam menunaikan tanggungjawabnya. Jangan expect gaya pemikiran dan tindakan yang sama seperti wanita.
[10] Jangan kecam atau pandang rendah kekurangan pasangan. Anggaplah ia sebagai peluang untuk kita berbakti kepadanya dengan melengkapi pasangan.

Credit: http://dhiyadahlia.blogspot.sg/2014/0...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке