Resepi Bengkang / Bingka Pandan Turun Temurun

Описание к видео Resepi Bengkang / Bingka Pandan Turun Temurun

Resepi Bingka/ bengkang pandan

Bahan-bahan:
Tepung gandum - 2 cawan
Garam - sedikit
Telur - 3 biji (gred B)
Gula - 1 cawan
Air jus pandan -1 cawan (blend dan tapis 6 helai daun pandan bersama 1 cawan air)
Santan - 2 1/2 cawan
Pewarna masakan hijau - sedikit
Bijan - secukupnya

Cara-cara:
1. Sediakan air jus pandan terlebih dahulu. Blend 6 helai daun pandan bersama 1 cawan air dan tapis.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum, garam, telur, gula, air jus pandan, santan dan pewarna masakan ke dalam blender dan blend hingga halus.
3. Tapis bahan yang di blend tadi dan masukkan ke dalam loyang. (Pastikan sapu sedikit minyak di sekeliling loyang)
4. Boleh taburkan bijan di atas permukaan adunan.
5. Preheat oven terlebih dahulu lebih kurang 15 minit sebelum digunakan.
6. Bakar bengkang selama 1 jam atau hingga masak dengan menggunakan api 180c atas bawah.
7. Tambah lagi masa membakar selama 10 minit lagi dengan menggunakan api atas sahaja 150c untuk mendapatkan permukaan atas yang garing.
8. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dan dihidang.

Selamat mencuba.
Jangan lupa untuk like, subscribe, share dan comment di video ain elas.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке