Ucapan Anwar Ibrahim di Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, KL (14.09.24)

Описание к видео Ucapan Anwar Ibrahim di Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, KL (14.09.24)

Alhamdulilah, saya bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hadir dalam Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).

Saya juga telah meluncurkan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 (STM 2.0) yang penambahbaikan kepada sistem penilaian yang bersepadu bagi mengiktiraf penghafaz 30 juzuk al-Quran. Semoga STM 2.0 ini akan membuka peluang lebih besar kepada para huffaz melanjutkan pendidikan sesuai dengan tuntutan perubahan zaman.

Saya singgung mengenai ikhtiar Kerajaan Madani dalam keterbatasan yang ada untuk terus mengangkat martabat huffaz agar tidak ketinggalan dalam aspek pekerjaan serta kehidupan khususnya melalui TVET.

Saya juga berharap anak-anak huffaz tidak putus untuk berdoa agar negara terus makmur dalam menghadapi pelbagai cabaran demi kepentingan rakyat terbanyak. Para huffaz menggunakan ilmu dan kemahiran hafalan yang dimiliki untuk membawa mesej Islam sebagai agama rahmah, menyeru kepada kebenaran dan keadilan serta memupuk perpaduan.

Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‎خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027]

#MalaysiaMADANI

Комментарии

Информация по комментариям в разработке