Filem Pendek "Berkorban Apa Sahaja" PDRM Perak 2024

Описание к видео Filem Pendek "Berkorban Apa Sahaja" PDRM Perak 2024

Filem Pendek "Berkorban Apa Sahaja" PDRM Perak 2024

Sudah menjadi kelaziman dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, PDRM Perak akan menghasilkan sebuah video khas berkaitan dengan penugasan PDRM secara amnya dan mempamerkan beberapa sisi lain dalam penugasan PDRM Perak.

Pada tahun ini, konsep yang dipaparkan adalah mengenai pengorbanan yang lazimnya dilakukan oleh pihak polis dalam memastikan keselamatan masyarakat khasnya pengguna jalan raya, dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat. Dengan tema "Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi", pihak polis sedaya upaya memastikan agar orang ramai dan harta benda berada dalam keadaan yang selamat.

YDH CP Dato' Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Ketua Polis Perak turut memberikan pesanan sempena Op Selamat XXII serta mewakili Warga PDRM Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh masyarakat yang beragama islam.

Semoga lebaran kali ini mengeratkan lagi hubungan antara kita.

#HariRaya2024
#PolisPerak
#PolisDirajaMalaysia
#Aidilfitri2024

Hairi

Комментарии

Информация по комментариям в разработке