Ada Lagi Sebarau Sg Ni/casting sebarau/Meranduk

Описание к видео Ada Lagi Sebarau Sg Ni/casting sebarau/Meranduk

Ada Lagi Sebarau Sg Ni/Casting Sebarau/Meranduk
#sebarau #streamfishing

Umumnya ikan sebarau suka mendiami sungai-sungai jernih dengan air yang mengalir serta dasar berpasir dan sedikit berlumpur.

Namun melalui kajian, taburan sebarau berbeza mengikut saiznya. Anak-anak ikan bersaiz kurang dari 10cm biasanya lebih menggemari sungai cetek yang berbatu dengan aliran air deras.

Apabila ia mencapai saiz antara 11 hingga 20cm, ia mula berpindah ke habitat yang lebih luas, berair jernih dan mengalir dengan perlahan.

Kawasan yang bertakung dengan kedalaman melebihi 3 meter, berdinding dan berdasarkan batu dan sedikit lumpur dengan aliran air yang perlahan pula menjadi pilihan sebarau melebihi 21cm.

Kawasan kediaman ikan-ikan dewasa yang bersaiz besar ini lazimnya dikenali sebagai lubuk (deep pool).

Kebanyakan sebarau dewasa mendiami lubuk-lubuk di hulu sungai yang terdapat ranting pokok tenggelam sepanjang hari..

Keadaan ini turut memberi cabaran kepada para pemancing kerana cabaran pemburuan sebarau bermula dari masa mencari kawasan pemancingan strategik lagi.
#sebarau #streamfishing

Комментарии

Информация по комментариям в разработке