Bagaimana Indonesia Buat Duit

Описание к видео Bagaimana Indonesia Buat Duit

Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.
► https://linktr.ee/aphdchannel

Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.
►    / @aphdchannel  

Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.

Sebarang pertanyaan boleh email kami di [email protected]
Terima kasih kerana terus menyokong kami.

--

Bagaimana Indonesia Buat Duit

Hari ini, Indonesia telah mencapai ke tahap yang lebih tinggi dalam kemajuan ekonomi mereka. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh World Bank, ekonomi Indonesia adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan ke-16 terbesar di dunia, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan bernilai kira-kira 940.9 bilion USD.

Indonesia adalah negara berpendapatan sederhana rendah, dan diklasifikasikan sebagai negara perindustrian baru. Negara itu kini adalah ahli forum antara kerajaan Kumpulan Dua Puluh (G20), yang bekerjasama untuk menangani isu-isu yang berkaitan ekonomi global.

Ekonomi Indonesia kebanyakannya bergantung kepada pasaran domestik dan perbelanjaan belanjawan kerajaan, selain perusahaan milik negara. Ekonomi Indonesia mempunyai perbezaan yang ketara dengan negara jiran yang lain di Asia, seperti Singapura dan Thailand. Hal ini kerana, ekonomi Indonesia sebahagian besarnya didorong oleh aktiviti domestik, dan bukannya eksport, dan inilah juga yang membantu Indonesia mengatasi krisis global pada tahun 2008-2009.

Jadi dalam video kali ini, kita akan melihat bagaimana ekonomi Indonesia berfungsi dan bagaimana Indonesia menjana pendapatan. Teruskan menonton.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке